Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Untuk beberapa ketika, saya akan membawa anda berlegar seputar topik hutang dan agensi yang berkenaan yang berkaitan dengan isu hutang sama ada untuk kes pra muflis atau pasca muflis.
Perkongsian yang anda baca sebelum ini, saya saring daripada laman-laman web tertentu seperti www.AKPK.org.my, www.bankinginfo.com.my dan www.insolvensi.gov.my
Sebelum kita bergerak lebih jauh, izinkan saya menerangkan maksud insolvensi itu sendiri. Seperti di dalam iklan mereka di media cetak dengan slogan 'bukan kami yang membangkrapkan anda' dan ayat seterusnya berbunyi 'anda yang membangkrapkan diri anda sendiri dengan pengurusan kewangan yang salah!'
Suka atau tidak, anda perlu untuk mengambil tahu, tambahan pula sekarang kebangkrapan boleh berlaku hanya disebabkan oleh hutang pendidikan.
Secara umumnya definisi bangkrap atau muflisnya seseorang individu itu ialah apabila dia atau nama rasminya dalam istilah kewangan PENGHUTANG telah menerima Perintah Penghukuman yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi disebabkan oleh kegagalan atau ketidakmampuannya untuk melunaskan hutang yang berjumlah seminima RM30,000.00
Siapa pula PENGHUTANG di bawah seksyen 3 (3) Akta Kebangkrapan 1967?
Individu tersebut ialah;
- Wujud dan ada di dalam Malaysia semasa tindakan kebangkrapan dibuat
- Warganegara dan jika bukan, telah bermastautin di Malaysia atau mempunyai kediaman di Malaysia
- Telah menjalankan perniagaan secara persendirian atau melalui cara ejen di Malaysia
- Telah menjadi sebahagian daripada entiti sebuah firma atau perkongsian yang beroperasi di Malaysia
~~ AKADEMI BEKERJA di RUMAH, khusus untuk suri rumah atau suri separuh masa yang ingin mengubah nasib atau mencuba sesuatu yang di luar daripada rutin rumahtangga.
Manfaat Menyertai Akademi Bekerja di Rumah
1. Belajar menulis blog secara profesional. Profesional di sini bermaksud menjadi magnet untuk mempengaruhi pembaca dengan entri-entri berbisa, informatif yang membuatkan pembaca terus setia dengan blog kita.
Blog anda mungkin mencakupi
- catatan pengalaman
- motivasi, inspirasi dan apresiasi
- catatan-catatan yang boleh dikompilasikan menjadi e-book
2. Belajar berniaga di dalam talian - produk bersesuaian akan diberikan sebagai pemula seperti;
-produk fizikal, produk sunnah, buku digital (e-book)
-agen pengiklanan
-produk runcit dan borong.
* Jika anda sudah mempunyai produk sendiri, anda akan dibimbing untuk menglobalkan pasaran produk anda secara maya melalui saluran blog dan facebook.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D