Sunday, 20 October 2013

Kaedah Belajar Matematik Mudah bersama Jitra Arithmetik System

Teks  : Monalita Mansor daripada http://asmahmdisa.blogspot.com/

Gambar : Carian Google

 Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

 PANDUAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

MEMUPUK MINAT KANAK_KANAK KEPADA MATEMATIK MELALUI  KAEDAH  MENTAL ARITHMETIK.
Bismillahhirahmanniarahim.
Mental Arithmetik   merupakan proses pengembangan minda  iaitu memaksimakan penggunaan otak kiri dan kanan.Sebenarnya kebanyakkan kita hanya menggunakan  sebahagian saja fungsi otak, Mental Arithmetik ternyata dapat membantu mengembangkan minda  kanak-kanak sehingga 100% jika terus digilap sekurang-kurangnya setiap minggu.Anda tidak akan dapat gambaran sejauhmana keberkesanannya sehingga anda mencubanya atau bertanya kepada anak-anak jiran atau anak-anak saudara yang telah mempelajarinya .Anda sebagai ibubapa juga akan turut teruja sekiranya baru petama kali belajar atau melihat anak mengira menggunakan kaedah Mental Arithmetik.

Mengikut kaedah biasa jari kita hanya mempunyai nilai sepuluh sahaja, iaitu lima di tangan kanan dan lima di tangan kiri.Jangan sempitkan pemikiran anak kita dengan sikitnya nilai jari mengikut kaedah biasa. Mengikut kaedah Mental Arithmetik  dua-dua tangan bernilai sehingga sembilan puluh sembilan. Wow banyakkan .Siapa nak tahu bagaimana? Saya akan cuba terangkan agar anda boleh praktikkan sendiri  dirumah bersama anak kecil anda melalui latihan lisan seawal awalnya.tambah teruja lagi biasanya menyebut nombor dalam bahasa inggeris  dan bahasa melayu.




Untuk bacaan seterusnya, terus ketik ke pautan di atas,


Saya tak menyangka yang ada kaedah yang lebih tenang dan senang belajar matematik.  Secara umumnya, mahu diterima atau tidak fakta ini, umat Melayu akan 'kurang' menyenangi mata pelajaran Matematik.  Mungkin kita sudah terbawa-bawa dengan pemikiran bahawa belajar Matematik hanya untuk lulus peperiksaan, sama juga ketika kita belajar mata pelajaran Agama Islam.  


Kita belajar namun, tidak dipraktiskan.  Walhal pelajaran itu sendiri memaksudkan proses iaitu sesuatu yang sentiasa mempunyai kelangsungan dan tidak akan berhenti sehingga bila-bila.


Dengan kesedaran untuk berkongsi perkara-perkara di atas, ABdR menyediakan dua kelas berkenaan blog yang boleh disertai oleh suri rumah atau sesiapa yang berminat iaitu



a) Kelas Asas Blog dan Penulisan - anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pembinaan blog, teknik menulis blog yang digilai pembaca, bermanfaat sekaligus memberi pulangan semula kepada diri anda.



b) Kelas Asas Blog dan Fan Page - untuk suri rumah yang sifar pengalaman berblog tetai berhasrat menjadikan laman blog dan fan page sebagai pemudahcara untuk berbisnes secara serius di laman maya.  Antaranya anda akan diajar membuka kedai online sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung