Assalamualaikum dan Salam Karya
Teks : Monalita Mansor
Gambar :
Bismillah.
Istilah 'ke laut' memang sinonim dengan penulis. Tak kisahlah ke laut lepas, laut dalam atau dasar laut sekalipun.
Istilah ini boleh jadi bersangkutan dengan mood ataupun inti karya yang tiba-tiba kita rasakan tawar.
Mood penulis paling cepat menjunam kalau berkaitan dengan manuskrip. Biasanya sebab manuskrip ditolak, minta dibaiki, mintak dirombak - iaitu seribu satu 'term of rejection'.
Automatik, ia berkaitan dengan inti karya itu juga yang mungkin bersalahan dengan kemahuan penerbit.
Maka,
Ada baiknya, penulis merajin dan merapatkan diri dengan khalayak pembaca yang sebenar-benarnya mempunyai kuasa beli, kuasa minda dan kuasa emosi untuk mengetahui kehendak pasaran.
Penerbit juga bereaksi berdasarkan respon yang diterima daripada pembaca.
Jangan merasa gah dapat duduk di dalam kelompok penulis kerana pada kebanyakan ketika mereka jarang membeli karya anda kecuali
1. Kawan baik anda
2. Anda bagi diskaun gila-gila
3. Penulis tu mak abah anda/anak anda
4. Penulis tu memang menulis mahakarya
Buka mata, buka minda, buka langkah.
Wallahu alam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D