Wednesday 7 May 2014

Gusar Untuk Bermula

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

LINTAS LANGSUNG DARIPADA KELAS ASAS BLOG DAN PENULISAN KREATIF

Assalamualaikum,
Kegusaran paling utama saya perhatikan semasa menulis kreatif ialah untuk memulakan penulisan. Cerita dah ada, plot dah ada, watak dan penamat dah ada, tapi bagaimana nak memulakan cerita.
Saya turunkan beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri;
1. Mulakan dengan dialog. Tapi pastikan dialog yang matang. Elakkan dialog "assalamualaikum", "apa khabar", "aku cinta padamu". Seboleh-bolehnya dialog boleh terus memberi 'hint' kepada cerita (teknik d hicobte)
Contoh: "Kau ni...biar betul!"
2. Gunakan POV1 - sudut pandangan orang pertama iaitu 'aku' atau 'saya'. Menggunakan POV1 membolehkan penulis 'larut' dalam watak dan mampu menulis dari hati kerana penulis menarik pembaca menjadi diri mereka sendiri.
3. Gunakan dialog berbaur konflik. Seperti contoh di atas yang boleh menimbulkan tanda tanya dan membuatkan pembaca ingin terus membaca. Jika mampu menulis naratif, tulislah naratif berbaur persoalan yang melarik minda pembaca sehingga ke klimaks.
4. Jika menggunakan naratif (pernyataan), tulislah pernyataan yang bergerak pantas (fast) supaya fikiran pembaca tidak dibiarkan bosan dalam merungkai persoalan yang cuba penulis kemukakan.
5. Tawakal kepada Allah. Tulis sepenuh hati, selebihnya biarkan Allah menentukan. Kerana kebiasaannya kita merasakan tulisan kita biasa-biasa tetapi sebenarnya ia memberi impak kepada pembaca yang mengalami situasi itu di alam realiti.
Nantikan Sememangnya Aku Cinta - Ogos ini

**KATA SENDI

dari - MAT (Masa Atau Tempat)
daripada - NABI (Nama, Asal, Bandingan, Institusi)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung