Monday, 13 October 2014

Hidung Berdarah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Akhir-akhir ni, hidung Affan selalu berdarah. Kelmarin, bangun pagi aje. Semalam, sampai tiga kali. Malam tadi, pukul 1 pagi dia bangun (saya pun belum tidur) basuh hidung yang berjejal-jejal dengan darah, belum termasuk darah beku. 

Biasanya, langkah pertama, saya suruh dia pegang batang hidung. Ini petua seorang adik yang menuntut dalam bidang fisioterapi di UIA yang saya jumpa hari tu. Ilah namanya. (saja nak sebut tempat dia studi dan bidangnya sebab dia ni istimewa) Memang darah berhenti. Tapi kena sabarlah. Tak adalah macam kepala paip. Kalau macam tu, baik saya install batang paip aje kat hidung Affan. 

Sambil tu, saya basahkan kepala dia dan lepas tu suruh dia minum air kosong. Saya beranggapan yang badan dia kekurangan air dan dia pulak suka minum ais. Tapi budak-budak, biasalah. Cakap-cakap kita ni macam DJ radio aje. 

Oh ya. Anda tahu tak - Dialog seharusnya ditulis santai. gunakan sinkope (singkatan, dah, kat dan kurangkan guna imbuhan.) Naratif yang perlu ditulis dengan imbuhan dan tatabahasa yang betul. KECUALI kalau genre yang kita tulis itu genre komedi romantik dan memfokuskan bahasa santai. Tapi pastikan jangan keterlaluan. 

Dialog 1 : "aku tahu ini semua sebab kau!"
                "Aku tahu masalah ini semuanya berpunca daripada kau."

Dialog 2 : "Mak, marilah kita makan. Saya sudah memasak masakan kegemaran emak yang selalu emak sebut-sebut itu."
                   "Mak, mari kita makan. Saya dah masak lauk kegemaran mak. Hari tu mak sebut kan?"


Bandingkan dan nilai sendiri.


Kelas Akaun Online anjuran Akademi Bekerja di Rumah
20 Oktober 2014, Isnin
30 Oktober 2014, Khamis
9.30am-12.30pm
Sesi online selama 3 jam
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul





No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung