Sunday 12 October 2014

Prolog Tiada Cinta Kedua - Siapa Penulisnya?

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Malam tadi nonton sampai pagi. Filem aksi pantas kejam (terma saya sendiri) tapi bertitik tolak di atas dasar kasih sayang. Lakonan Liam Nesson, Taken di TV2.  Satu hal garapan selang balik antagonis dan protagonis menarik perhatian saya. Selain itu, klise la, Islamofobia. - jelas dalam dialog masa Kimmy (anak Bryan - watak utama diculik) "tatu bulan dan bintang".

Okaylah, kita baca pulak prolog ni.

                               
                  10 tahun yang lalu....

           Suasana hingar-bingar di dalam kelas 3 Al Biruni langsung tidak diendahkan olehnya. Bengkak hatinya. Sakit dan bernanah. Jika diikutkan hati yang sedang terbakar, mahu saja dia mengumpal-gumpal wajah kacak yang duduk di sebelahnya ketika itu. Oh! Bukan sahaja manusia yang tiada perasaan di sebelah itu, Wajah Cikgu Nadzir yang memang tidak begitu kacak itu juga akan turut ditonyoh-tonyoj ke papan hitam. Geram! 
             
Dia menjeling seketika ke arah manusia yang duduk tegak di sebelahnya. Sedari tadi, manusia itu tidak menunjukkan reaksi. Duduknya tegak menghadap papan hitam yang sudah dipenuhi dengan contengan-contengan hasil kerja rakan-rakan sekelas. Agaknya tulang belakang hingga ke tengkuknya sudah tertanam besi. Besi yang biasa digunakan untuk menguatkan struktur bangunan-bangunan pencakar langit.
           
“Hai, tengah praktis bersanding ke?” Satu teguran memecahkan lamunannya.


Sambung untuk bacaan di sini : http://ninazaty.blogspot.com/2014/04/prolog-tiada-cinta-kedua.html


Penulis adalah alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Sekarang gigih berkarya dalam fragmen bikinannya sendiri. Kelas memberi ilmu, corak di tangan penulis sendiri.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung