Thursday 13 March 2014

Putik Bakat Berbunga Tekad

Teks : Monalita Mansor (8)
Gambar : Carian Google, Peribadi dan Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum. Bismillah. Salam Serumahtangga.


Ketika ujibakat Raja Lawak musim pertama, tiga individu ini menarik perhatian saya. Yusri Edo, Mohd Yazid Lim dan Mohd Razizan Razak. Pada ketika itu, kelibat Mohd Razizan Razak ini tidak menyerlah langsung, 'harap hidung aje mancung!' komen hati saya. Di antara ketiga-tiga mereka, bagi saya si hidung mancung ni memang tak sesuai menjadi pelawak kerana dia memang tak lawak! Tak ada bakat! Namun, semakin melangkah ke peringkat akhir rancangan tersebut, kredibilitinya semakin terserlah. Sehinggalah dia berjaya meraih kedudukan di dalam pertandingan itu. Dan, saksikan lihatkan pencapaian beliau di dalam kerjayanya sehingga ke hari ini.

Entri kali ini bukan cerita raja lawak. Saya ingin menarik perhatian anda tentang bakat menulis. Ya, mungkin 10 atau 20 tahun lepas, bakat menulis adalah komponen utama untuk anda menjadi penulis. Anda perlu mempunyai 3 daripada 5 estetika kepengarangan setidak-tidaknya untuk bergelar penulis. Bukan maksud saya penulis sekarang tidak berbakat, hanya bakat bukan lagi keperluan mendesak untuk menjadi penulis.

Sesiapa sahaja boleh menulis. Asalkan anda ada tekad. Bakat mungkin 10% daripada keseluruhan diri anda, selain itu adalah tekad. Bakat pula sesuatu yang subjektif, anda mungkin berbakat dalam menggarap cerita, tetapi lemah menggayakan cerita. Anda mungkin berbakat menghasilkan ayat yang melankolik tetapi tiada moral dan ilmu dalam cerita.

Maka untuk membungakan tekad agar berkembang mekar, maka haruslah anda RAJIN

1. RAJIN MEMBACA
Tiada dadah lain untuk seseorang yang mahukan ilmu, tidak kira bidang apa pun. Bacalah karya penulis-penulis hebat di mata anda. Sesuai dengan genre yang anda pilih. Jika anda memilih tema cinta dan kekeluargaan, nah lambakan penulis hebat menanti. Begitu juga genre lain.

2.RAJIN TULIS SEMULA IDEA
Selepas membaca, tulis semula apa yang anda dapat di dalam cerita itu. Lebih kurang seperti anda membuat ulasan tetapi untuk diri anda sendiri.

3. RAJIN MENULIS
Tulislah walau sebaris ayat. Tulislah di mana-mana, di status FB, blog, twitter, buku nota, dalam gajet, tetapi jangan tulis di pintu jamban atau meja sekolah. Ia adalah latihan penulisan yang baik. Mula-mula sebaris ayat, kemudian seperenggan, dan akhirnya dapatlah seperangkat cerita. Tapi, kalau anda betul-betul bersemangat, apa kata teruskan dengan 5 hingga 10 muka surat terus.

4. RAJIN MERANCANG
Sesudah menulis dan puas hati, rancang untuk menyiarkan hasil tulisan kita di mana-mana. Rujuk majalah-majalah atau laman web penulisan dan aturkan jadual menulis untuk memastikan tulisan anda tersiar setiap bulan. 

5. RAJIN BACA BERULANG-ULANG
Baca hasil tulisan sendiri sehingga anda puas hati dan berikan jarak waktu semasa proses membaca semula itu. Sabar adalah perkataan yang paling bagus untuk tips terakhir ini.

Jangan ada rasa rendah diri jika ada yang mengatakan anda tidak berbakat. Kerana dengan tekad, semuanya mampu anda realisasikan. 
 
artikel tulisan Cikgu Aishah Hussein, tutor online senior Akademi Bekerja di Rumah dalam majalah Era Muslimah bil 22


http://www.gadis.co.id/gaul/ngobrol/5.langkah.mengasah.bakat.menulis/001/007/146

*********************************************************************

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com
Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung