Monday, 24 March 2014

Putrajaya dan EMP yang semakin indah

Kak Haliza, dari Temerloh
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Siti Aishah Rosli

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.


22/3/2014 - umpama mimpi dalam angan, saya dan pasukan EMP diiringi penulis Kerana Dia Bidadari Syurgaku, Nana Rumaysa dan Hati Yang Kau Sentuh, Siti Hanisah bergerak ke PICC menaiki Perodua Alza berwarna hitam yang disewa pihak penerbit untuk sesi cabutan bertuah dan ramah mesra bersama Penulis EMP.
Kak Elee dan Kak Zara Aluwi sedang asyik berbual dengan Suterajaslin yang datang dengan anak daranya.

Beberapa jam sebelum itu, saya yang sudah bersiap dengan jubah merah jambu tua dan tudung warna sedondon, sudah berkampung di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur di Kg Baru bersama mereka berdua sementara seorang lagi penulis EMP, kak Zara Aluwi, menanti kami di PICC.
Kak Elee Mardiana, penerbit dan pemunya EMP di samping Nana Rumaysa dan Zara Aluwi

Kira-kira jam 7.10 malam, kami tiba dan terus bergerak ke pentas Pekan Buku. Ramlee Awang Murshid masih berada di atas pentas, dan kami menumpang hujung baju kak Elee Mardiana, menumpang gambar bersama sebab Elee Mardiana sebelum ini berkongsi bumbung dengan beliau.
Dari kiri, Elee Mardiana, Nana Rumaysa, Zara Aluwi, Monalita Mansor dan Siti Hanisah

Seterusnya, kami terus mengambil tempat untuk sesi cabutan bertuah. Selepas memperkenalkan diri berlebih kurang, acara pun bermula. Ternyata kedua-dua adik saya, Siti Hanisah dan Siti Khatijah Diana atau Nana Rumaysa, sedikit gementara. Mungkin ini pengalaman pertama mereka.  Pemenang pertama ialah Nurul Akmar dari Setapak yang membeli Kabus Rindu, diikuti oleh Dayang Nur Fatin dari Sabah dan Norhafizah Mohd Zaki dari Raub Pahang.

Alhamdulillah, sesi ini menemukan saya dengan sahabat seakademi, Wan Rokiah dan Iryani Ahmad. Tidak ketinggalan juga sahabat satu sekolah saya, Pelangi Putih bersama keluarganya, sepupu saya Kak Liza dan keluarga yang kebetulan berada di situ, Suterajaslin, Mis Soduku dan beberapa sahabat lain turut kelihatan.

Biarpun acara berlangsung amat singkat, saya merasa gembira berada di dalam dunia buku, sebelum turut sama beratur untuk membayar, sambil menyambar buku cendol kiriman kak Irene, Sunan dan buku-buku yang diminta oleh Pelangi Puteh untuk anak-anaknya.


Bersama-sama saya, menyertai bengkel anjuran Cikgu Nisa Nua. Tinggal beberapa hari lagi. Jemput PM laju-laju.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung