Wednesday, 27 November 2013

Ciri-ciri Cerpen - Fokus Isu Pokok

Teks :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.  Salam Karya.  Bismillah.

Ciri-ciri cerpen seterusnya ialah fokus kepada isu pokok atau isu utama sahaja.  Ia tidak seperti novel yang perlukan akar-akar dan dahan-dahan untuk mengukuhkan akar cerita kerana bentuk penceritaan cerpen yang singkat.

Seperti di dalam cerpen 'Rautan Takdir' (boleh dibaca di dalam e-book kompilasi cerpen Rautan Takdir)  isu pokoknya iaitu kesungguhan Firdaus untuk memiliki Jannah.  Di dalam blok pertama, diceritakan tentang usaha Firdaus memujuk Jannah pada zaman persekolahan, diikuti pemberian cincin pada blok kedua, perkahwinan pada blok ketiga dan sebagai penyelesaian, pada blok akhir Jannah menerimanya walaupun ketika itu kedua-duanya sudah lanjut usia.

Ia tidak menceritakan secara perinci mengenai hal lain.  Sama ada mengenai keputusan SPM, mengenai pekerjaan Jannah, mengenai peranan umi dan mama Firdaus, juga peranan adik beradik Jannah dalam memujuk Jannah.  Semuanya diceritakan sekali lalu sahaja.

Cerpen yang meleret-leret ke arah isu akar dan cabang, nantinya akan menyebabkan karya tersebut hilang punca dan akan meninggalkan pembaca kesesatan sendirian dalam pembacaannya.

Wallah hu alam.

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah bimbingan dan perkongsian ilmu Monalita Mansor dan Mazlia Murat sedang berlangsung.  Cepat, jangan ketinggalan.  Ada banyak tip yang menunggu anda.  PM Monalita Mansor atau Mazlia Murat di facebook untuk mendaftar.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung