Saturday, 16 November 2013

Cerita Raya Yang Belum Habis

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Menyambung entri lepas tentang kesungguhan kita menyambut raya sehinggakan mengorbankan 'setahun' gaji dan sengsara sebulan selepas raya.  Belanjawan yang perlu difikirkan seterusnya ialah duit raya.  Perkara yang paling disukai oleh kanak-kanak. 

Untuk tidak menyesakkan poket dan nyawa, juga untuk mengelakkan insiden tersilap bagi, ada baiknya kita menetapkan amaun yang sama tanpa mengira peringkat umur.  Biasanya kita meletakkan kasta dengan nilaian yang berbeza untuk ahli keluarga.  Boleh, jika berkemampuan.  Tetapi jika tidak, berikan sahaja jumlah yang sama.  Bukan nilaian yang menentukan amalan kita, tetapi keikhlasan memberi menjadi keutamaan. 


http://www.surah.my/assets/s003/a092-022167d2834864422380ed2ef104abd4.png

Surah Ali Imran, ayat :92. 

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Bagi saya, amalan menggembirakan kanak-kanak di hari raya adalah amalan yang baik selagi kita tidak melibatkan perkara-perkara yang  tidak berfaedah dan berdosa.  Tak perlu kusut-kusutkan fikiran untuk menyenarai belanjawan berbeza-beza.
rujukan: 
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/10/08/ayat-suci-al-quran-dan-hadis-berkaitan-kelebihan-bersedekah/
Ke Mana Wang Anda. 2009.  Rohani Mohd Shahir.  Galeri Ilmu.  Selangor

Sebuah kelas baru akan bersiaran pada Disember, dinamakan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.  Pra-pendaftaran telah dibuka.  PM Monalita Mansor untuk maklumat lanjut. 


Wallahhualam.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung