Sunday, 1 March 2015

Tulis Apa Yang Kita Tak Tahu



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Bunyinya macam masuk bilik gelap di dalam rumah yang dah lama tak bayar bil api lepas tu terlupa pulak bawak lampu suluh dan kemudiannya fon pulak habis bateri di tengah malam buta jumaat keliwon.
Boleh.
Tapi, langkah sebaiknya untuk menulis apa yang kita tak tahu atau paling mudah nak tulis latar yang kita tak pernah pergi, buatlah kajian. Jangan percaya 100% dengan kekasih gelap kalian tu, Mr Google. Cari buku, buatlah temuramah dengan orang yang pernah pergi ke, atau usahakan apa-apa yang berkenaan dengan subjek berkenaan.
Teknik ni saya gunakan masa menulis Kabus Rindu untuk latar Megeslberg, Valkenburg dan beberapa tempat di sempadan Belanda Belgium. Tempat tu memang wujud, yang tak wujudnya ialah : saya tak pernah wujud di situ.
Jadinya, ada baiknya siapkan lampu picit dan zikir banyak-banyak ya…

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung