Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Saya dapati kawan penulis saya
selalu meninggalkan latar. Selalu saya tegur jugak, sebab terasa
terawang-awang. Entah di mana-mananya. Huraian yang berjela-jela dan terlampau
banyak kata adjektif tapi maksud tak sampai (eleh, nak kata aku la tu!)
Kalau kita baca karya sekarang
kebanyakannya sudah straight to the point, bahasa-bahasa bombastik, berkerawang
sudah semakin terpinggir sebab alasannya pembaca nak cepat, tak suka nak fikir.
Well…pada akhir kalam ceritanya, secara mudah, berbalik kepada apa yang kita
pelajari dalam subjek Perdagangan ‘once upon a time’ – permintaan dan apa la ke
benda satu lagi tu….lupalah. Maaf ya. Oh…ingat! Penawaran.
Tapi, kata adjektif berbeza
dengan kata gaya bahasa puitis atau lenggok bahasa yang kalian katakan
berkerawang tu tau. Kalau tak tahu, carilah buku tatabahasa ataupun rujuk
kekasih gelap kalian, Mr Google!
Tips Victoria Hanley : semasa
menggambarkan pemandangan, tuliskan huraian pendek dalam bentuk AKSI dan DIALOG
sebagai ganti huraian yang berbentuk puitis.
Ngeh…ngeh…ngeh… sudah beberapa
orang tertembak kerana melupakan hal ini.
Bersambung
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D