Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum Dan Salam Karya. Bismillah.
Pernah menonton mahakarya Pirates
Of Carribean? Lupakan sekejap apa juga teknik skrin hijau, biru, hitam atau
warna pelangi yang digunakan. Cuba hayati latarnya, pemandangan dan situasi
juga latar di dalam kapal Flying Dutchman misalnya. Anda rasa tertipu atau anda
rasa ‘nampak real’ dan hati anda juga akan berdetik, ‘ kat mana tempat ni?’
Sebabnya,
Pengkaryanya mencampuradukkan
realiti dan fantasi seperti Syarikat Hindia Timur British, Barbossa, Flying
dutchman, mata air kehidupan, Tortuga, Singapore, duyung dan kewujudan lanun
itu sendiri. Menarik bukan?
Begitulah jugak dengan karya
kita. Kacau sebati dan kemudiannya hidangkan. Insya-Allah, sedap.
Sama sumber : Kuasai Cerita Anda, Victoria Hanley
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D