Gambar : Mundam Ilmu
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Anda suka membaca? Atau zaman bujang dulu anda adalah ratu novel? Sebut sahaja tajuk anda boleh tahu penulisnya. Sebut sahaja nama penulis anda tahu berapa buah novelnya. Sebut sahaja penerbitnya anda sudah tahu siapa penulis yang dipayungnya.
Cuma, apabila sudah menjawat jawatan 'drebar keretapi' ni, minat itu anda ketepikan? Baru nak pegang novel, along dah menjerit, "mak lapar." Baru berbaring-baring nak baca blurb, angah dan acik dah bergusti, mak juga yang jadi pengadil tanpa wisel. Tapi wisel semula jadi mak lagi nyaring. Jangan main-main.
Atau anda sudah tidak punya masa walau 'sepolek leng' pun untuk ke kedai buku untuk mencari novel-novel idaman anda. Bertuahnya kita pada era ini ialah ungkapan maklumat di hujung jari. Anda boleh mencari novel-novel laku keras, laku lembik, novel antik, vintaj, malah bahan bacaan dalam kategori sangat jarang dijumpai pun hanya dengan satu larik atau klik.
Anda sudah menjimatkan :
1. masa - nak kena urus masa antara masa mengambil anak di sekolah, hantar anak ke sana ke kelas tuisyen, pergi pasar, pergi sana, pergi sini nak balik masak lagi
2. tenaga - sama macam alasan di atas
3. duit - jimat minyak kereta, minyak bas, tambang bas, tambang beli air kotak, beli jajan. Belian online membolehkan anda menikmati diskaun gila-gila, kalau kena harinya termasuk jimat kos pos dan buku 'terbang' terus pada anda.
Bagaimanapun, bukan semua orang menyukai pembelian secara online. Selain daripada tidak dapat menyentuh barangan tersebut, pemilihan hanyalah berdasarkan testimoni dan ulasan (jika ada) dan mungkin juga hasilnya hanya indah khabar dari rupa.
Pilihan di tangan anda. Begitu juga dengan pilihan untuk membeli novel-novel terbitan EMP yang salah satunya ditulis oleh saya sendiri, bertajuk Kabus Rindu.
kedai online Mundam Ilmu klik untuk melawat-lawat kedai |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D