Wednesday, 15 January 2014

Meredakan Migrain dan Stres

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari ini hari stres sedunia. Pagi-pagi saya sudah meroyan sambil menghantar mesej pada seseorang menyuarakan ketidakpuasan hati. Mod merudum. Kemalasan berganda-ganda. MasyaAllah. Tabarakallah. Apa dah jadi?

Mungkin gejala ketidakseimbangan hormon menyebabkan saya begitu. Makanya. Saya tutupkan FB. Saya berlegar-legar 'di luar' sambil mendengar rancangan ulangan Tanyalah Ustazah yang ketika itu menampilkan Prof. Muhaya, sebagai ahli panelnya.

Mendengar perkongsiannya, sedikit demi sedikit, hati terubat. Satu panggilan masuk daripada seorang penulis tersohor bagai menguak seluas-luasnya ruang motivasi dalam diri dan menyingkir terus segala aura negatif tadi.

Migrain saya semakin mengurang, saya keluar rumah dengan senyuman. Betapa hebatnya aura positif yang dibawakan oleh penulis mapan ini. Alhamdulillah. Malah, sepanjang perjalanan saya bawa pengecas paling ampuh, pesan Ustazah Norfadzillah, iaitu

Betapa ampuhnya aura positif yang tersebar melalui ketenangan, senyuman dan lafaz syahadah ini. Semua hamba Allah di sekitar saya menerima senyuman saya, tua muda, pelbagai bangsa dan saya merasa sangat bahagia. Tanpa saya sedar migrain di kepala kian mereda. 

Saya akui, sukar menangkis penangan aura negatif, tetapi melalui pengalaman hari ini saya belajar sesuatu. Apabila berada di dalam zon negatif, cepat-cepat larikan diri dan cari ketenangan. 

Wallah hu alam.

***Kabus Rindu, novel terbaru saya terbitan EMP (Elee Mardiana Publication) sudahpun berada di pasaran. Sudi-sudikanlah membelinya dengan harga RM18.00

***Jika anda ingin berjalan-jalan ke stor buku saya jemput ke Mundam Ilmu

***Jika anda ingin beriklan bersama dengan hampir 370 buah blog akademi di SOHO directory jemput PM saya dengan segera.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung