Thursday, 20 November 2014

Biar Sikit Asal Berisi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam saya membaca kumpulan cerpen Hafizah Iszahanid, Ayam Patah Kepak yang diterbitkan oleh ITBN. Cerpennya tak banyak. Betullah kata Ainin Naufal, baca cerpen lagi selamat daripada baca novel sebab ceritanya pendek-pendek dan hati tak terdera dek nak menghabiskan bacaan.

Moral daripada pembacaan saya, saya memikirkan bahawa setiap karya kita perlu ada visi dan perlu ada impak. Ini ditekankan juga oleh S.M. Zakir. Karya-karya Hafizah memenuhi dua perkara itu. Usai membaca keseluruhan cerpennya sudah ternampak sudut pandangan yang ingin diketengahkan beliau.

Mungkin itu sesuatu yang perlu kita fikirkan sebagai penulis. Tulislah di luar kotak waima di luar Bima Sakti dan segala-mala cakerawala yang ada, tapi mesti ada sesuatu yang kita tinggalkan untuk pembaca sebaik sahaja dia membaca 5 ayat terakhir. TAMAT.

Maka untuk karya yang bervisi dan ada isi serta meninggalkan misi untuk difikirkan, kenalah rajin-rajin membaca dengan bervisi. Membaca dengan tujuan mencari jejak dan ilmu. 

Untuk penulis blog di Akademi pun begitu. Biar pendek tapi berkesan. Daripada menjela macam karangan tapi 'isinya hampa'

Wallahu alam
sepanjang pembacaan tak ada ayam yang dicederakan ya...

1 comment:

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung