Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya kongsikan sedikit tips daripada Tuan Hamdy mengenai simpanan sukar. Apakah dia simpanan sukar.
Sebagai suri rumah tangga, tentulah kita tidak bergaji tetap. Kadang-kadang, kita menerima 'gaji' daripada suami untuk urusan rumah tangga, juga sebagai belanja nafkah diri kita. Tips ini juga relevan untuk kita yang makan gaji.
Simpan peratusan bahagian simpanan kita itu di satu tempat yang sukar. Yang memerlukan belanja minyak, belanja masa, belanja emosi untuk sampai ke tempat itu. Simpanan yang membuatkan anda merasakan ia adalah perkara terakhir yang anda ingin lakukan di dalam dunia. Dengan rasa malas itu, diharapkan wang simpanan itu akan 'selamat' di situ, dan sangat berguna di saat kecemasan.
buat pra-tempahan dengan EMP dan berpeluang memenangi Samsung S4 apabila anda membeli novel KABUS RINDU tulisan saya. |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D