Gambar : Carian Google.
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Ungkapan ini saya temui di dalam buku tulisan tuan Hamdy atau nama sebenarnya Haron Mohd Yusof,
Kalau Otak Tak Boleh Guna Cari Makan,
Gunalah Tangan Untuk Hidup Cari Makan.
Di dalam buku tersebut, penulis mensyaratkan tempoh 5 tahun sebelum berumur 40an adalah tempoh kritikal untuk individu mencari kemahiran sebagai langkah alternatif menjelang tahap kematangan manusia pada usia itu.
Kemahiran atau hobi, jika tidak mendatangkan wang sekalipun, setidak-tidaknya ia tidak memerlukan anda mengeluarkan wang seperti kemahiran memasak, membaiki alatan elektrik (jangan main-main, ada mak-mak lagi terror daripada abah-abah dalam bab ni tau!)
Jika anda masih bekerja pula, perlu satu perancangan khusus untuk jangkamasa lima tahun sebelum berumur 40an, kerana ada ketikanya perasaan jemu akan mencanak-canak dan keinginan untuk meninggalkan rutin yang sama setiap hari membuak-buak. Begitupun, pastikan payung anda dikembangkan elok-elok sebelum turunnya hujan. Pastikan tulang-tulangnya tiada yang patah. Skru-skrunya tiada yang hilang.
Bagi anda yang bercita-cita menjadi novelis, kemahiran boleh juga diperoleh di sini |
Jika merasakan anda tiada kemahiran, anjaklah sedikit minda untuk belajar daripada seribu satu punca ilmu yang kedapatan. Manalah tahu, satu ketika nanti, kemahiran ini pula akan membantu anda menikmati hidup yang anda mahukan.
InsyaAllah.
Sumber;
Hamdy. 2008. Rancang Hidup Rancang Wang. iMedia Production. Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D