Teks : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian.
Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga
Usai melepaskan diri dari kesesakan di Sungai Koyan 1, kami terus menuju ke perbukitan Tanah Tinggi Cameron menggunakan laluan Sungai Koyan. Azan Zohor sudah berkumandang sejak tadi. Cadangan kami untuk bersolat jamak dan qasar di Hentian Rehat Betau hanya tinggal cadangan apabila semuanya berkunci. Tandas berkunci, surau juga berkunci.
Perjalanan diteruskan, melalui lurah dan lembah. Subhanallah, tak terkata bibir mengucapkan indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Makin mendekat menghampiri Tanah Tinggi Cameron, pelbagai pemandangan lain menjadi santapan mata.
Udara semakin menyejuk, biarpun tidaklah sampai ke tulang sulbi. Mata dan hati terus berkata, antara alam dan pembangunan untuk sesuap nasi, mana yang hendak didahulukan?
**************************************************************************
Pakej iklan serendah RM50.00 menanti anda. Beriklan dengan rangkaian WAHM dan SOHO yang sudah menjangkau ke 100 blog dan semakin bertambah. PM saya untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D