Monday 5 October 2015

Tanda Baca - Sempang


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Tanda sempang atau sengkang mempunyai fungsi khusus dalam hukum tatabahasa Bahasa Malaysia. Sahabat penulisku dan sahabat bloggerku, mohon ambil perhatian ya.
  1. Menegaskan ejaan yang kadang-kadang mengelirukan
Contoh:
k-o-n-t-i-j-e-n bukan k-o-n-t-i-g-e-n
s-y-u-r-g-a-w-i bukan s-y-u-r-g-a-i
  1. Memisahkan angka yang mempunyai fungsi yang berlainan
Contoh:
012-9046399
609-55432188
25-10-2015

  1. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menerangkan sifat
Contoh :
Indo-Belanda
Se-Malaysia
  1. Menunjukkan kata ganda
Contoh
Murid-murid
Tolong-menolong
Bahu-membahu

  1. Pengkhususan transliterasi Huruf Arab/Al Quran
Contoh :
Al-Baqarah, Ad-Dhuha, An-Nur, Al-Wahid
  1. Menjarakkan/Membezakan huruf besar dan huruf kecil yang bergabung
Contoh:
Hamba-Mu, maghfirah-Mu, kepada-Mu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, pro-Barat, anti-Islam
  1. Menunjukkan perkataan terputus di hujung perenggan/ayat
Contoh
…………………………… inilah yang dikata-
kan hidung tak mancung pipi tersorong-
 sorong
PERINGATAN : PERKATAAN YANG TERPUTUS MESTILAH DITULIS MENGIKUT PEMENGGALAN SUKU KATA contoh : dikatakan (di/kata/kan) jangan dipotong (dika), (ter/so/ter/terso/) jangan (ters/tersor)

  1. Memisahkan nombor dengan angka, kata sendi dengan angka
Contoh
1980-an bukan 1980an, 50-an bukan 50an,  ke-21 bukan ke21, ke-14 bukan ke14

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung