Saturday, 14 March 2015

Pitching Lari



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
 
Di dalam bab 5 : Kuasai Penulisan Anda, Victoria Hanley menulis tentang suara penulis. Okay, orang yang tak boleh bersuara pun boleh jadi penulis. Ini bukan isu suara zahir. Ini suara batin.  Maksudnya, cara gaya penulis menyampaikan idea mereka melalui gaya tulisan, termasuk gaya bahasa, pemilihan diksi dan gaya ayat. Setiap penulis mempunyai suara tersendiri, sama ada suara garau, lemah lembut atau kasar dalam karyanya.

Dalam kepala Zaili sudah sampai ke puncak bulan angan-angannya. Wah, kalau kena gayanya…memang boleh makan besar! Kalau pandai mengambil peluang, bijak atur strategi, cari penulis yang bagus, buat kerjasama, memang meletup! Royalty boleh buat makan anak cucu! Sabirah sendiri sudah terbayang mukanya menghiasi akhbar. Tak mainlah berita penyendal yang tahap panjang sejengkal. Paling koman satu muka surat! Apa barang gambar hitam putih! Mestilah halaman berwarna! Publisiti mesti gempak, baru nama meletup.

Cinta Hilang Kata, Lily Haslina Nasir

Perhatikan babak yang sama tetapi ditulis semula dengan gaya ‘biasa-biasa’ tanpa humor dan daya tarikan – (daya tarikan di sini bermaksud, tiada gaya bahasa dan kekreatifan)

Zaili sudah berangan-angan tinggi. Dia mulai merancang apa yang hendak dilakukannya. Sabirah juga begitu. Dia sudah merasakan betapa gembiranya apabila wajahnya keluar surat khabar. Setidak-tidaknya gambar berwarna satu muka surat dengan publisiti yang menarik.

Jadi, anda harus kenali suara anda dan gilap sebaik mungkin. Jangan sampai ‘pitching’ lari dan audiens pun lari….sudah

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung