Thursday 4 December 2014

Penulis...Mengaranglah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dah macam ikan sembilang Kuala Sawah pulak saya ni kan. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Bagaimanapun hari ni, nak bercakap sikit (opps menulis) tentang tanggungjawab penulis baik karya picisan dan sastera.

Pertama-tama walaupun ini dah kira kali ke 957 saya bercakap dan membebel tentang ini, ia masih juga berlaku. Apa tanggungjawab penulis?

Pandai.... menulis. Tapi memadai dengan menulis sahajakah? Saya bukan bercakap tentang tanggungjawab sosial, impak dan imbalan juga segala macam kesan yang diterima daripada bahan yang kita tulis.

Saya ingin membawakan apa yang perlu diperhalusi oleh penulis sebaik bergelar penulis.

TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI.

Kita menjadi penulis atas kehendak diri, belum pernah saya dengar dalam Malaysia ni ada orang diacu pistol kat kepala dan dipaksa menulis. Tak ada lagi. Maka sebagai manusia yang bertanggungjawab, apa senarai paling mudah perlu anda buat sekiranya nak manuskrip cepat terbit, dan cepat segala-galanya. (kita abaikan aspek jalan cerita)

1. Dah siap? Peram! SEMINGGU. Dua tiga hari pun boleh kalau tak sabar sangat.
2. Dah peram? baca semula atau bagi BFF baca. Jangan bagi kawan bermuka-muka baca nanti semuanya best sebab nak jaga hati/nak kasi padan muka hangpa - manuskrip ditolak pasal cerita tah hapa-hapa!
3. Semak EJAAN! Kalau ejaan dalam BI - taip perkataan tu kat Google untuk pastikan ia betul atau salah. Kalau tak tulis aje dalam BM!
4. Semak TATABAHASA - paling koman semak penggunaan 'di', 'ke', 'daripada', 'dari' dan hukum 13 pun.
5. Baca sekali lagi, walaupun dah kira boring tahap jin cirit birit.
6. dah confirm? puas hati? Siapkan sinopsis dan kalau boleh buat proposal terus.

Maka seterusnya, bergeraklah untuk menghantar manuskrip dan belajarlah untuk mengarang, bukan menulis sahaja. Dan 6 langkah di atas merupakan sebahagian daripada persediaan menjadi pengarang. Ada banyak lagi...tapi cukuplah kita kongsi yang itu dulu ya...Nanti muntah pelangi pulak...



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung