Sunday 5 January 2014

Berhemat Mengira Wang

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Kita sibuk mengira duit belanja sekolah tadi, saya terfikir untuk berkongsi sesuatu dengan para sahabat saya di luar sana. Saya ingin mengongsi teknik mengira duit secara berhemat. Apakah maksudnya berhemat di sini iaitu kita melakukan serampang dua mata. Sambil mengira, kita memastikan juga duit tersebut laku untuk digunakan.

Apakah penyebab duit tak laku? Penyebab paling mudah ialah duit palsu, tetapi ia sukar dikesan oleh orang awam. Duit palsu secara mudahnya boleh dikesan melalui tekstur kertas dan warnanya. Kebiasaannya ia lebih nipis dan warnanya lebih pucat bergantung kepada kualiti pembuatannya.

Selain itu, duit conteng atau soiled note juga menyumbang kepada sebab duit tak laku. Soiled note bermaksud duit yang terconteng pada wajah Yang Dipertuan Agung. Walau secalit garis, jika ia kira 'kelihatan' tetap akan dikira tidak bernilai oleh Bank Negara Malaysia.

Kerana itu, sekiranya anda mengira wang dalam kuantiti yang banyak, pertama sekali pastikan bahagian muka Yang Dipertuan Agung menghadap anda. Bermakna anda akan dapat melihat dengan jelas sebarang contengan walaupun sekali lalu. 

Gunakan permukaan ibu jari kedua-dua belah tangan kerana ia lebih sensitif dan boleh merasai perbezaan kertas dengan lebih baik. 

Pastikan berlaku gerakan tangan yang ketara ketika mengira kerana ada cctv yang tidak boleh mengesan nilai tetapi boleh merakam dengan jelas gerakan tangan. Ini sangat membantu sekiranya terdapat percanggahan amaun dengan pihak yang berkenaan. 

Bagaimanapun, prosedur di atas tidak terpakai terhadap wang kertas yang baru dikeluarkan. Bagi wang kertas baru adalah lebih baik anda mengiranya sehelai demi sehelai kerana keadaan fizikalnya yang agak melekat di antara satu sama lain.

Wallah hu alam.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung