Teks : Monalita
Mansor
Gambar : Carian
Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Tatabahasa, perlu dikuasai, perlu dikaut, dicedok, masuk ke dalam beg pengarang. Perlu, perlu, perlu. Begitu juga untuk sahabat blogger Akademi Bekerja di-Rumah, khususnya.
Kekeliruan menulis
huruf besar dan huruf kecil bukan masalah anak kita yang Tahun 4, 5 atau enam.
Ia masalah sejagat ya Kak Mah, Kak Bedah. Nak… nak kalau kita dah lama
meninggalkan bidang tulis-menulis ni.
Huruf besar perlu ditulis dalam situasi;
1. Huruf pertama awal ayat
Contoh :
Hari ini hari
Selasa
Akukah yang
terlambat, atau waktu yang tercepat.
2.
Huruf pertama dalam petikan langsung/dialog
Contoh:
“Selesai
mengkhatamkan Al-Quran, Yusuf Al- Nabhani melanjutkan pelajaran di Al Azhar
ketika berusia 17 tahun.” (Mohd Faizal Harun, 2013)
“Saya tetap dengan pendirian saya,” katanya.
“Saya tetap dengan pendirian saya,” katanya.
3.
Huruf pertama untuk kata nama atau kata adjektif
selepas dialog
Contoh :
“Horey, sayalah
pemenangnya!” Dia menjerit girang.
“Apa agaknya yang
dia fikirkan?” Saya terus tertanya-tanya.
4.
Huruf pertama dalam ungkapan berkaitan kitab
suci dan nama tuhan. Kata ganti nama ‘nya’ ‘mu’ untuk Tuhan mesti ditulis huruf
besar.
Contoh :
Ampunan-Mu
Rahmat-Nya
Yang Maha Agung
Pencipta Yang
Mutlak
5.
Huruf pertama berkaitan kehormatan, keturunan
dan keagamaan
Contoh :
Duli Yang Maha
Mulia
Tun Mahathir
Mohamad
Yang
Berbahagia Ustaz Dato’ Kazim Elias
6.
Huruf pertama nama khas
Contoh :
Monalita Mansor
Kelas Asas Blog
dan Penulisan
7.
Akronim (kependekan)
Contoh :
KWSP, TUDM, LUTH
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D