Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.
Bismillah.
Kita berubah pula kepada topik yang
paling tidak digemari penulis. Topik yang sering ‘dilepas-pandang’ sebaik
sahaja manuskrip pertama menjadi buku. Sebaik sahaja keterujaan menggantikan
kewaspadaan. Bagaimana membuktikan pemilikan karya kalau kita dituduh
menciplak? Atau kita berdepan dengan orang yang memplagiat karya kita. Apa
pembuktian yang harus kita senaraikan untuk membuktikan karya itu hak kita.
Ingat, karya kita adalah harta kita. Apa sahaja hasil tulisan kita, baik di
blog mahupun diterbitkan, adalah hak kita.
1.
Salinan Peribadi.
Kita mesti ada satu
salinan peribadi. Sama ada kita simpan dalam folder khas ataupun
pendrive/thumbdrive berlabel.
2.
Dokumentasi proses kreatif
Ada beberapa orang
penulis cerpen yang menggunakan cara ini. Setiap proses bermula daripada draf
sehinggalah pruf akhir disimpan menurut kronologi. Ia termasuklah draf tulisan
tangan sehinggalah naskah bersih di dalam perisian komputer.
3.
Salinan Kepada Diri Sendiri
Ketika hantar e-mel
kepada penerbit/editor, c.c (carbon copy) atau emel satu salinan kepada diri
sendiri. Tarikh hantar dan masa akan terakam dengan sendirinya.
4.
Sampul Surat Berdaftar Beralamat Diri Sendiri
Ini salah satu
cara sebelum kewujudan mel elektronik. Hantar manuskrip kepada diri sendiri
menggunakan surat berdaftar. Cara ini lebih kompeten walaupun ia mengeluarkan
sedikit belanja. Cuma, pastikan sampul surat itu tidak dibuka.
5.
Surat Akuan Bersumpah
Penulis boleh juga
membuat surat akuan bersumpah atau affidavit bersumpah. Nyatakan bahawa
manuskrip itu adalah asli dan lampirkan salinan manuskrip. Pastikan surat
tersebut ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Ini adalah
sebahagian daripada panduan yang boleh anda baca dalam buku Karya Kita Hak
Kita, tulisan Nisah Haji Haron. Buku ini boleh anda perolehi percuma sebaik
sahaja anda mendaftar sebagai pelajar Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D