Wednesday, 2 September 2015

Hak Moral Pengarang

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Rupa-rupanya banyak hak yang perlu diketahui dan satu ketika dipertahankan oleh penulis. Entri ini adalah sekadar petikan daripada buku Karya Kita Hak Kita tulisan Nisah Haji Haron. Buku ini boleh anda diperolehi di kedai buku. Bagaimanapun, sempena Hari Kemerdekaan, Akademi Bekerja Dari Rumah berhasrat memberikan buku ini secara PERCUMA.
Sebelum itu, kita semak sedikit apakah hak moral penulis/pengarang. Peringatan penting oleh penulis buku ini yang sedang berada di US sekarang ini ialah ; hak moral pengarang akan dipegang selama-lamanya oleh pengarang tersebut.
Ingatan tambahan – walaupun hak cipta karya kita sudah terlepas atau terbang ke tangan pihak lain, hak moral pengarang adalah milik mutlak pengarang. Terdapat dua bentuk hak moral pengarang iaitu :-
Hak untuk dikenali sebagai pengarang sesuatu karya sama ada menggunakan nama sebenar ataupun nama samaran.
Hak integriti pengarang di mana walaupun hak cipta sudah tidak dimiliki oleh pengarang, dia masih boleh bersuara untuk menuntut hak supaya karyanya tidak dipinda, dicincang atau diubah sesuka-hati sehingga mengetepikan nilai seni karya itu sendiri.
Ia termaktub di dalam Seksyen 25 Akta Hak Cipta 1987.

Oh ya, anda boleh mendapatkan buku ini secara percuma sebaik sahaja mendaftar dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung