Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Di dalam bab 5 : Kuasai Penulisan
Anda, Victoria Hanley menulis tentang suara penulis. Okay, orang yang tak boleh
bersuara pun boleh jadi penulis. Ini bukan isu suara zahir. Ini suara
batin. Maksudnya, cara gaya penulis
menyampaikan idea mereka melalui gaya tulisan, termasuk gaya bahasa, pemilihan
diksi dan gaya ayat. Setiap penulis mempunyai suara tersendiri, sama ada suara
garau, lemah lembut atau kasar dalam karyanya.
Dalam kepala Zaili sudah sampai ke
puncak bulan angan-angannya. Wah, kalau kena gayanya…memang boleh makan besar!
Kalau pandai mengambil peluang, bijak atur strategi, cari penulis yang bagus,
buat kerjasama, memang meletup! Royalty boleh buat makan anak cucu! Sabirah
sendiri sudah terbayang mukanya menghiasi akhbar. Tak mainlah berita penyendal
yang tahap panjang sejengkal. Paling koman satu muka surat! Apa barang gambar
hitam putih! Mestilah halaman berwarna! Publisiti mesti gempak, baru nama
meletup.
Cinta Hilang Kata, Lily Haslina Nasir
Perhatikan babak yang sama tetapi
ditulis semula dengan gaya ‘biasa-biasa’ tanpa humor dan daya tarikan – (daya
tarikan di sini bermaksud, tiada gaya bahasa dan kekreatifan)
Zaili sudah berangan-angan tinggi.
Dia mulai merancang apa yang hendak dilakukannya. Sabirah juga begitu. Dia
sudah merasakan betapa gembiranya apabila wajahnya keluar surat khabar.
Setidak-tidaknya gambar berwarna satu muka surat dengan publisiti yang menarik.
Jadi, anda harus kenali suara anda dan
gilap sebaik mungkin. Jangan sampai ‘pitching’ lari dan audiens pun lari….sudah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D