Saturday 11 October 2014

Terima Kasih Tetamu

Teks : Monalita Mansor
Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Alhamdulillah. Lambat menjengah ke rumah ini. Ada beberapa urusan cantas-mencantas, dan kemas- mengemas yang perlu diselesaikan hari ini juga. 

Semalam, mampir dua orang tetamu istimewa ke pondok kecil yang tak sepertinya. Hati cuak juga mulanya, maklumkan rumah kita jarang dikunjung orang, kuranglah semenggahnya. Tapi tetamu istimewa ini tidak pula canggung bersama bersimpuh bersila sambil meneruskan sesi pembelasahan karya. 

Sesungguhnya tetamu datang dengan rezeki. Alhamdulillah, semangkuk besar asam pedas sebagai buah tangan, menjadi hidangan istimewa makan malam. 

Indahnya, rezeki itu berentetan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Terima kasih tetamu. Semoga Allah memberikan keceriaan dan kemudahan rezeki untuk anda berdua dan keluarga anda.

 


Akademi Bekerja di Rumah, menyediakan pakej Rakan Niaga untuk suri rumah yang ingin bermula secara online. Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.  

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak Monalita. Lama sangat saya tak tinggalkan sebarang jejak di sini. Saya sendiri tak tahu kenapa. Walhal, selalu saja singgah. Salam ziarah.

    Moga ukhwah kita terus kekal selamanya. :)

    ReplyDelete
  2. cantas-mencantas termasuk saya punya. terima kasih kak mon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya. sama-sama. Sapa nak kena cantas gak, mai lah...

      Delete
  3. singgah malam selasa ke sini :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung