Gambar : Nisah Hj Haron
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tadi, mencuci mata di salah sebuah pasar raya. Singgah di kedai serbanika, buka setiap majalah untuk melihat cerpen siapa yang tersiar. Untuk majalah Jelita, Oktober 2014 cerpen Cikgu Helmi Ahmad yang tersiar. Sempat saya ambil gambar untuk dititipkan padanya. Manalah tahu, dia belum tahu.
Pulang daripada mengambil anak dari sekolah, mesej melayang masuk memberitahu cerpen bertajuk Aku Berhak Bahagia tersiar di majalah Seri Dewi dan Keluarga, November 2014. Alhamdulillah.
Di dalam majalah ini ada cerpen Cikgu Helmi Ahmad. |
Sudah menjadi sebahagian daripada tabiat pula, pergi ke mana-mana menyelak majalah dan akhbar untuk meneliti ruangan kreatif. Kalau ada sesiapa sahabat yang dikenali, suka juga kongsi berita.
Sharing is caring and loving kan...
***Aku Berhak Bahagia ialah luahan hati seorang ibu, mangsa perceraian yang berkonflik dengan anaknya sendiri, dengan sebab yang sama.
Sharing is caring and loving kan...
***Aku Berhak Bahagia ialah luahan hati seorang ibu, mangsa perceraian yang berkonflik dengan anaknya sendiri, dengan sebab yang sama.
Pencetus : piring pecah
terima kasih editorial SDK.
Anda nak mengiklankan bisnes anda di direktori ABDR yang kami panggil SOHO Direktori? Berhubung dengan kami. Pakej yang tentu anda mampu. Insya-Allah.
akhir-akhir ni tabiat kita samalah kak mon..haruslah kan anak murid sama tabiat dengan cikgunya.hehehe...kena cari dua majalah ni.semata2 mahu membaca cerpen-cerpen orang yg saya kenali.bilalah giliran saya?sob sob sob
ReplyDelete