Wednesday, 4 June 2014

Resensi : Aduh Bergetar Jantungku - Cenderawasih

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Tamat novel sebelumnya, saya membuka muka surat pertama Aduh! Bergetar Jantungku. Novel ini (selepas ini ditulis ABJ) sesuai dibaca untuk semua golongan. Novel ini adalah cerita 'kita' - bermula daripada catatan semasa kecil watak utama Aida Amira dan Alan Izuan. Dari awal lagi digambarkan perang kedua-dua mereka memang mengerikan. Terutama Aida Amira atau Mira atau Aida atau Ayang. Kata-kata yang keluar dari mulutnya memang 'berani mati' dan dinasihatkan adik-adik janganlah tiru. Begitupun, tidak dinafikan dialog-dialog sebegitu menguatkan perwatakan watak utama sebagai remaja perempuan yang 'lepas mulut' dan berhati kering.

Masa berlalu semakin menginjak dewasa, mereka bertemu semula tapi tidak pula diberitahu sama ada Izwan sebenarnya tahu Aida Amira itu ialah Mira Toet yang diejeknya tetapi awal-awal lagi dua sudah mengenakan gadis itu di dalam bilik guru besar.

Disebabkan hubungan kedua-dua keluarga, akhirnya mereka berdua dapat 'dipaksa' untuk bertunang. Malangnya ada 1001 halangan yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua keluarga dengan kerenah memeningkan kedua-dua mereka.

ABJ mempunyai banyak punch-line yang membuatkan saya terkekek-kekek seorang diri di dalam kereta, ketawa berguling-guling tak sedarkan diri, tak jadi nak tidur apabila gelak sampai mengalir air mata. Bagi saya, insiden lucu yang dihadapi oleh kedua-dua watak ini berlangsung jujur dan tidak dibuat-buat. Ada lawaknya yang saya rasa tidak masuk akal tetapi apabila wataknya membuka mulut ia menjadi sangat lucu dan memaksa saya menghabiskan bacaan.

Bagaimanapun, semakin menggapai penamat, penulis tidak membiarkan pembaca larut dengan gelak ketawa. Seiring dengan peningkatan usia, pembaca dibawa untuk menikmati fasa yang lebih serius dalam kehidupan, iaitu hakikat untuk mempertahankan cinta, kecurangan, pahala dan dosa dan ketuhanan.

Plot ABJ bergerak pantas dan perwatakan dilukis dengan baik oleh penulis melalui dialog dan naratif serta aksi yang berterusan. Penulis banyak menyuntik elemen ilmu walaupun kadang-kadangnya terasa meleret dan terasa seperti membaca buku teks, ada ketikanya.

ABJ bagi saya novel 'aksi' yang tidak terlalu berat tetapi masih lagi meletakkan tema kasih sayang sebagai titik tumpu penceritaan. Setiap tindak tanduk Amira sebagai watak utama, tidak pernah tidak membelakangkan keluarganya walaupun pada awalnya ia kelihatan begitu. Dari satu segi boleh dikatakan Amira adalah hasil kekuatan sebuah ikatan kekeluargaan di antara Mak Tuk, Tuk Seman, Akhbar dan Zarina, ibu bapa Amira seterusnya merebak kepada ikatan kejiranan, persaudaraan dan persahabatan. 

Gaya bahasa penulis bersahaja tetapi masih menyuntik estetika keindahan bahasa dan ternyata penulis menguasainya dengan baik.

Lima bintang untuk Aduh! Bergetar Jantungku.







Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung