Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Kesalahan ini saya temukan di dalam sebuah karya seorang penulis baru. Ingat penulis semua ya, gunakan hand break kalau tak berhenti sekejap. Ataupun gunakan brek terus. Berhenti sekejap sebelum menulis ayat baru.
Jangan ceritakan semua dalam senafas. Nanti pembaca pun pengsan. Tulis perlahan-lahan. Beritahu satu persatu.
Jangan
menulis tanpa berhenti cth:
Fatimah
duduk termenung di ruang dapur rumahnya,(.)<>(I)ikan di sinki masih belum disiang, sayur di atas meja masih lagi
belum habis dipotong,(.)<>(F) fikiran Fatimah
melayang mengenangkan suaminya Meor yang sudah genap sebulan meninggal dunia
akibat darah tinggi.
(.) noktah
<> sekali ketik
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com
whatsapp: 011 19737269
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D