Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Satu lagi kesalahan yang biasa dilakukan oleh penulis sama ada penulis kreatif atau penulis blog ialah mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Perkataan yang dimaksudkan ialah 'di' - di mempunyai dua tugas dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
a) kata sendi
b) awalan
Untuk kali ini, seringkas mungkin saya perkenalkan 'di' sebagai kata sendi dan cara menulisnya. Sebagai kata sendi, perkataan 'di' memerlukan objek atau sesuatu selepasnya. Sesuatu atau objek itu pula mestilah KATA NAMA (boleh rujuk di google untuk mengetahui golongan kata nama atau tunggu entri-entri seterusnya)
Kata nama itu pula mestilah menunjukkan tempat dan arah seperti di sekolah, di sana, di situ dan sebagainya.
contoh
SALAH BETUL
didalam di dalam
dirumah di rumah
dikawasan di kawasan
dipadang di padang
dibeg di beg
ditempat di tempat
ditepi di tepi
Perhatikan petikan di bawah dan komen kesalahan yang dilakukan oleh penulis.
Aku memerhatikannya semenjak tadi. Dia tidak berkutik pun, bagaikan nyawanya sudah di renggut Izrail. Aku hanya mampu menghulur pandangan simpati. Lebih daripada itu, aku rasakan belum tentu mahu di terimanya. Di masih terbaring diatas padang, ditepi jalan besar menghadap pula sebuah balai raya yang aku rasa sudah lama di tinggalkan.
INGAT : DI - KATA NAMA - CERAI (SENDI) - DICKENS (DI Cerai Kata Nama Sendi)
DI - KATA KERJA - RAPAT (AWALAN) DIKEJAR (DI KErJa Awalan Rapat)
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com
whatsapp: 011 19737269
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D