Friday, 27 June 2014

Macam-Macam Ada 18 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dia mencapai pen lalu ditulis dia pada kertas itu. Dia kemudian berjalan menuju ke tingkap rumah dia dan dibuka dia daun jendela sebelah kiri sahaja. Dia menarik nafas dalam-dalam. Terasa di dalam paru-paru dia udara segar mengalir masuk. Nyaman dan menyegarkan. Dia ternampak emak dia. Emak dia tersenyum memandang dia. 

Dapatkah anda temui kejanggalan di dalam petikan di atas? Apa yang tiada? Ganti nama diri 'nya' bukan?
Cuba baca pula yang ini.

Dheza Adriana mencapai pen lalu ditulisnya pada kertas itu. Dheza Adriana kemudian berjalan menuju ke tingkap rumah dia dan dibuka Dheza Adriana daun jendela sebelah kiri sahaja. Dheza Adriana menarik nafas dalam-dalam. Terasa di dalam paru-paru Dheza Adriana udara segar mengalir masuk. Nyaman dan menyegarkan. Dheza Adriana ternampak emaknya. Emak Dheza Adriana tersenyum memandang Dheza Adriana.

Apa lagi kejanggalan yang ada di dalam petikan ini?
1. Tiada ganti nama diri orang ketiga - dia
2. Nama watak panjang dan menyusahkan.
3. Bazir ruang
4. Karya menjadi longgar

Saya tidak mahu menyentuh isu mengembangkan watak atau perwatakan. Saya hanya ingin menyentuh soal ganti nama diri orang ketiga dalam hukum tatabahasa iaitu dia, ia dan -nya. -Nya adalah kata nama untuk menggantikan tempat dia. Yang membawa maksud kepunyaan.

-nya tidak boleh menggantikan ia atau dia sebagai pelaku di dalam ayat. Maksudnya -nya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.
Contoh:
Dheza Adriana ternampak emaknya   - BETUL
Dia ternampak emaknya                    - BETUL
Nya ternampak emaknya                   - SALAH

Para sahabat penulisku, walaupun kalian merasakan subjek -nya dan dia kelihatan remeh, inilah yang berlaku pada kebanyakan karya penulis baru yang saya terima. Saya bukanlah editor, sekadar membantu mencantikkan karya mereka. Saya juga bukan pakar tatabahasa. Saya cuma penulis biasa. Tiada yang luar biasa pada saya. Saya juga mendepani isu sama seperti dilalui oleh penulis lain. Hanya, saya ingin penulis muda menulis dengan baik.

Menulislah dengan bermaruah, dengan bahasa yang baik, dengan plot yang baik. Sebagaimana kita membaca Al Quran, mula-mula dibaca, kemudian dibaca dengan tartil, kemudian mengetahui makna dan memahaminya. Seterusnya mengadaptasi pengajarannya dalam proses kehidupan.

Wallah hu alam.

Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:


1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!

 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung