Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Teknik penulisan yang bakal saya bincangkan ini adalah hasil perbincangan dan pembelasahan habis-habisan di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Ketika itu saya sedang membelasah karya Nur Dila bertajuk Kisah Qasih.
Teknik itu saya permudahkan di dalam Bahasa Inggeris sebagai D HICOBE. Saya ringkaskan di bawah ini sebagai
1. Drag - heretan
2. Hint - klu/petunjuk cerita
3. Conflict - konflik atau masalah dalam cerita
4. Boom - kemuncak konflik dan peleraian
5. End - pengakhiran
Saya akan ceritakan kesemua teknik ini di dalam entri akan datang. Untuk pengetahuan anda, teknik ini saya gunakan untuk pembelasahan di dalam kelas cerpen. Bagaimanapun ia mempunyai keanjalan untuk ditarik ke dalam proses penciptaan novel dengan memacak lebih banyak sub plot, watak, konflik dan memanjangkan proses drag (heretan)
Ingin tahu mengenai teknik D HICOBE ini? akan saya kongsikan di dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Untuk menyertai, anda boleh menghubungi Monalita Mansor, Mazlia Murat, Intan Haji Daud atau Aiza Zizan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D