Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga Bismillah.
Semalam malam, Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa MH370 menoktahkan perjalanannya di sebuah latar terpencil nun jauh di Lautan Hindi. Beliau tidak mengatakan 'terhempas', 'meletup' atau sebagainya sebaliknya memberi kenyataan terbuka - 'terhenti'.
Sebagai manusia normal, kepala kita akan diserang pertanyaan, kenapa? dan mengapa? jika tidak pun tanda soal sebesar-besar sauh kapal akan berada di atas kepala kita. Secara peribadi, saya mengikuti perkembangan MH370 ini biarpun tidak pernah mencoretkan secara langsung di mana-mana laman sosial.
Al fatihah dan surah Yassin yang saya coretkan di dinding FB itu sahajalah, setakat ini yang saya tulis mengenai burung besi besar ini. Terlalu banyak spekulasi, kontroversi memutar dan saya tidak mahu ikut terputar dan menganggu sama.
Bagaimanapun, saya positif dengan hikmah kehilangan ini. Puji-pujian kepada Allah dan Rasul-Nya, taman-taman syurga di radio dan televisyen semakin memarak. Ternyata, kita masih disayangi Allah di atas cubaan ini.
Kepada sahabat-sahabat MH370 kita yang belum diketahui nasibnya, semoga beroleh pahala syahid kerana mereka telah berjuang hingga ke tahap sebegini untuk menyatukan keseluruhan umat Islam dan manusia secara am. Semoga hidayat Allah menyelubungi sahabat-sahabat bukan Islam dan mereka diberikan kesudahan yang baik.
Pembuktian, masih diperlukan untuk memuaskan hati, untuk membolehkan galau hati menjadi munasabah. Mohon doa terus dipanjatkan untuk memudahkan kerja-kerja penyelamatan seterusnya.
Al Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Engkaulah Tuhan Tempat Kami Menyembah dan Tempat Kami Memohon Pertolongan
Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus dan BEnar
Iaitu Jalan Orang-orang Yang Engkau Kurniakan Nikmat Kepada Mereka
dan Bukan Jalan Orang yang Engkau Murkai dan Zalim
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D