Teks : Monalita Mansor
Gambar :
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Semalam menerima panggilan telefon daripada sahabat yang masih bekerja di ruang perbankan menjelang hari-hari terakhir Tahun Baru Cina. Walaupun saya ketawa mendengar rungutan yang boleh saya senaraikan sampai nombor sepuluh, hakikatnya saya tetap simpati kepada mereka.
Mana tidaknya, waktu perbankan (waktu operasi kaunter) terpaksa ditarik sehingga enam petang kerana limpahan pelanggan yang tentunya akan mengganas sehingga detik akhir malam makan besar pada petang tahun baru nanti.
Banyak perkara yang harus ditingkatkan. Lebih-lebih lagi aspek keselamatan. Baik dari segi keselamatan diri dan bank, juga keselamatan kaunter dan balancing. Kerap terjadi ialah ketidakseimbangan pada hari akhir tugas. Bermakna sesudah bank ditutup, harus pula melakukan balancing. Kalau tak balance semua orang tak boleh balik, kata kau....
Memang kenang-kenangan inilah sebenarnya yang banyak mengalirkan air mata. Pada saat ini, niat masing-masing memang nak berhenti kerja. Sungguh. Agaknya Allah mendengar doa saya walaupun cara ia termakbul tu lambat.
Pada teman-teman yang masih berjuang, selamat berjuang. Jangan risau, syukur kerana pekerjaan yang ada ini membantu suami, jangan bimbang. Allah ada.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D