Thursday, 29 August 2013

Akaun Semasa dan Anda

Teks      : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan salam serumahtangga,
Adat berniaga, berlaku jual beli.  Jual beli pastinya melibatkan terma tunai dan kredit.  Terma kredit biasanya dilaksanakan menggunakan instrumen yang dipanggil buku cek.  Untuk membolehkan anda mendapatkan buku cek anda perlu membuka sebuah akaun yang dipanggil akaun semasa.
Apakah keistimewaan akaun semasa atau current account ini?

1.    Kemudahan buku cek untuk terma kredit.  Anda boleh menulis  sehingga 50 keping cek dalam satu-satu masa.  Kalau tak cukup juga       koyakkan cheque book request di dalam buku cek tu dan hantar ke bank.  Akaun anda cuma dicaj RM0.15 untuk sekeping cek.
2.     Kemudahan kad debit untuk akaun semasa perseorangan.  Akaun boleh diuruskan seperti akaun simpanan.   (Sole proprieter) - sila dapatkan nasihat pegawai di bank tersebut kerana mungkin terdapat perbezaan produk di antara bank yang ada.
3.     Kemudahan dalam talian untuk transaksi-transaksi tertentu.
4.     Kemudahan overdraf - tertakluk kepada syarat dan peraturan.  Harus diingat bahawa ada caj-caj lain yang akan dikenakan.
5.     Kemudahan pembayaran gaji/epf/socso pekerja secara online.
6.     Seandainya akaun semasa anda agak pasif (tidak banyak transaksi tetapi ada banyak duit di dalam akaun) anda boleh memilih akaun semasa yang menawarkan pembayaran keuntungan (profit) bagi akaun semasa berlandaskan syariah.
Entri seterusnya, kita akan berkongsi cara menjaga hubungan baik dengan pihak bank melalui akaun semasa yang bersih dan sihat walafiat.
Catatan Sambil Memantau Anak Belajar (5)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung