Friday, 3 January 2014

Matra Baru di Tahun Baru

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari ini hari yang memenatkan. Seharian berada di luar. Bermula ke sekolah, kemudian ke pasar pagi, buat 'marketing' Saya memang suka sangat hari Jumaat. Suka sangat. Penghulu hari memang tidak pernah mengecewakan saya. Alhamdulillah.

Saya ke sebuah kedai alat tulis di pekan Kinrara, tempat saya bekerja selama 17 tahun. Saya tawarkan kalau-kalau mereka sudi mengambil novel saya untuk dijual di kedai mereka. Alhamdulillah, dengan baik mereka setuju. Kemudian, meneruskan pula ke rumah omak. Membungkus bantal omak yang dipesan secara online oleh seorang sahabat. Alhamdulillah.

Seterusnya, bergerak ke PNM untuk menghantar sebuah naskhah contoh sekaligus memohon Dana Untuk Penulis yang memang diperuntukkan. Selepas itu, terus bergerak ke Pasaraya Matahari untuk meninjau sebuah lagi kedai buku. Yang ini saya serahkan kepada penerbit sebab saya rasa ia perlukan prosedur tersendiri.

Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Perkenalan melalui Kabus Rindu membawa saya ke matra baru, mengenal pemilik wajah-wajah kental dalam dunia bisnes buku.

Wallah hu alam.


Ada bisnes dan ingin beriklan di 300 lebih rangkaian blog kami? PM atau emel monalitamansor@gmail.com

Thursday, 2 January 2014

Kebun Mini di Tingkat Satu

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi dan Kredit Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Saya pernah sarankan supaya anda bercucuk tanam secara kecil-kecilan dalam entri sebelum ini kan? Tapi tak adalah saya bersungguh-sungguh berkempen dalam kempen menghijaukan rumah itu kerana saya pun tak melakukannya ketika itu.

Tapi, hari ini awal tahun 2014, saya memuatnaik gambar ini kerana saya sudah melakukannya dengan bangganya. Malahan dengan kos yang paling minima. RM50 - duit minyak kereta untuk balik kampung.

Yang lain-lain, benih cili api, serai, kunyit, pandan semuanya saya perolehi secara percuma dari kampung. Termasuk tanah juga. Bekas mengisi saya ambil daripada bekas-bekas plastik yang sudah tidak saya gunakan lagi.

Harap-harap projek tanaman menjimatkan belanja dapur saya ni mendatangkan hasil ya. InsyaAllah. Lalu, bolehlah saya menulis tentangnya tanpa teragak-agak.



Wednesday, 1 January 2014

Tabungan Berdikit

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tadi, keluar sebentar menghantar novel Kabus Rindu pada sahabat saya, Zuriani Ju. Dia memang sahabat tegar saya kerana sentiasa menyokong apa sahaja status yang berkaitan dengan karya saya. Jadi, sebagai menghargainya, saya ingin menyerahkan sendiri kepadanya.

Sebelum sampai pada masa temu janji di depan IOI, saya dan suami serta Affan menikmati cendol di depan sebuah pasar raya berhampiran Seri Manja Square. Kedai pakaian seragam sekolah itu sangat sibuk dan padat dengan ibu bapa, anak-anak membeli belah keperluan persekolahan.


Suami saya merungut juga kerana parkir terhad.  "Kenapa semua orang nak keluar beli barang hari ni? Kenapa tak beli awal-awal?"

"Bukan semua orang macam kita." jawab saya.
"Tipikalnya, kebanyakan orang kita tak menyimpan. Terpaksalah menunggu bonus atau 'advance' daripada majikan untuk membeli keperluan anak. Ini memang senario golongan pertengahan. Kita pun tak terkecuali."
kata saya. Terus encik suami terdiam.

Bukan saya mahu merendah-rendahkan mereka. Tidak sesekali. Kerana saya faham, tuntutan hidup di bandar tidak memungkinkan untuk mereka melihat tabungan berdikit itu satu keperluan. Ada lebih banyak keperluan yang mendesak lagi yang perlu difikirkan.

Maka, saranan saya, di awal 2014 ini, ayuhlah kita menyimpan. Walaupun setakat syiling 50 sen sehari. Didik anak-anak menyimpan, walaupun memang terasa amat berat. Kita akan merasa nikmatnya di belakang hari. Juga, jangan lupa untuk menyimpan di tabung masjid, atau yang memerlukan ketika mereka menghulur. Kalau kita hanya ada sedikit, kita beri sesuku daripada sedikit itu. Apabila hati sudah terdidik memberi, dengan sendirinya hati tidak pernah gusar walaupun di dalam tangan hanya ada seringgit untuk makan tengah hari.

Tak percaya, cubalah.

%%%    %%%%% 

ada bisnes tapi tak tahu nak dikembangkan bagaimana? Kami di Akademi Bekerja Di Rumah akan cuba bantu. 
PM di facebook : Monalita Mansor
emel                    : monalitamansor@gmail.com
SMS                     : 011-19737269

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung