Friday 11 September 2015

Monolog

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google/Sendiri
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Monolog berasal daripada perkataan monologue yang bermaksud ucapan panjang oleh seorang pengucap. Secara dasarnya ia bermaksud pengucapan yang tidak didengari dek orang lain. Hanya pengucap atau hatinya sahaja yang mendengar.
Monolog terbahagi kepada dua iaitu;
Monolog dalaman
Monolog luaran
Monolog adalah sebahagian daripada teknik plot yang boleh diaplikasikan di dalam cereka untuk mengembangkan cerita. Selain itu, teknik plot juga mencakupi dialog, imbas kembali (flash back), imbas muka (flash forward), saspen, kejutan dan konflik.
Contoh monolog;
…Ya Allah,perkenankan pemintaan aku, permudahkanlah perjalanan hidupku.” Hati Amaliah berbisik.
Raiza Khairina, Nota Buat Ayah, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog ‘Hati Amaliah berbisik’ bermaksud watak sedang bercakap sendiri.

…Nanti kalau beritahu, cepat aje dia nak cerita dekat mak.’ Dia mengomel sendiri.
Darlene Arianna, Ramadan Seindah Ini, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog ‘Dia mengomel sendiri’ bermaksud watak sedang bercakap seorang diri.

….Bukan kerana terpaksa. Ikhlaskan hati tu,” pujukku sendiri.
Atie Atiya, Kerana Aku Seorang Jururawat, Komplot Menulis, 2015

Kurungan dialog ‘pujukku sendiri’ bermaksud watak bercakap seorang diri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung