Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam
Serumahtangga. Bismillah.
Hari tu, hari Ahad. Memang tak ada
rancangan langsung. Apabila dah bosan duk kat rumah, kami anak-beranak pakat
berombongan Cik Kiah ke KUD atau nama panjangnya Karnival Usahawan Desa 2015 di
Presint 3 Putrajaya.
Alhamdulillah, dalam ribuan kereta
yang memarkir tu, ada terselit satu slot untuk kereta kami. Dalam terdesak, tak
boleh banyak memilih. Tepi jalan pun tepi jalanlah. Janjinya tak masuk dalam
lobi pejabat kerajaan tu!
Tapak pestanya ada banyak zon. Pempamernya
pula dari seluruh negara di bawah pelbagai agensi seliaan kerajaan. Acara yang
best sekali, apa lagi – test makan. Dapat juga aku tengok kepelbagaian teknik
peniaga menarik hati pelanggan. Walaupun ini acara bisnes offline, boleh
adaptasi juga ke bisnes online. Cuma, hari sikit panas tambah lagi jerebu, lupa
nak bawak bekal air. Alhamdulillah. Bernyawa juga lagi.
Menjelang Asar, kami ambil
kesempatan berjemaah di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi.
Cantik, subhanaAllah. Tak bertingkap, angin sepoi bahasa, dengan asap jerebu,
semua boleh lalu. Hanya, secara peribadi aku rasa masjid ni tak mesra muslimah.
Tandas dan tempat wuduknya jauh, lepas tu papan tandanya menzahirkan gaya papan
tanda buatan Malaysia. Jalan ke depan sikit, hilang!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D