Gambar : Carian
Google
Assalamualaikum
dan Salam Kreatif. Bismillah.
Minggu lepas kita berbincang
pasal monolog dan dialog. Minggu ni, kita bincang juga pasal log-log ini. Bukan
log kayu balak atau buku log. Kali ni kita bercakap tentang epilog. Taikoseni
merekodkan epilog sebagai tulisan di akhir sebuah karya kreatif. Ia mungkin
boleh jadi satu bab. Tapi kebiasaannya, dalam 1 atau 2 muka surat sahaja.
Ia bolehlah dianggap rumusan
atau mungkin solusi kepada keseluruhan cerita. Malah, ada juga penulis yang
menggunakan ia sebagai ‘cliffhanger’ untuk menarik pembaca mengikuti sambungan
novel tersebut. Di dalam buku ilmiah, epilog bolehlah dikatakan sebagai
penutup.
Epilog dianggap sangat membantu
lebih-lebih lagi dalam tulisan yang melibatkan fakta, biografi yang melibatkan
kisah benar. Ia juga adalah medan penulis bercerita secara ringkas tentang apa
yang terjadi kepada watak-watak setelah cerita tamat.
Epilog wajib ada dalam novel?
Harus pun tidak. Bukan kemestian walaupun lazim ditulis oleh penulis di
Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D