Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
“Kenapa?”
Hijrah seakan bingung. Inilah Hijrah. Dalam comel ada dungunya.
“Nanti mak kau pelik.” Ujarku.
III
“Inilah orang cakap, tak ada beban batu
digalas. Sebulan dua lagi mak
berhentilah jual nasi lemak. Jadi
pengasuh pulak!”
Kalau aku tak mengenangkan yang bersuara itu
adik Hijrah, yang juga adik iparku, memang aku sumbatkan cili padi masak ke
mulutnya. Kalau yang mendengar itu pula
bukan ibu mertuaku, sudah tentu aku bercekak pinggang melontar maki hamun pada
anak sekolah awal 17 itu.Tetapi, aku menjadi begitu tabah. Mendengar sahaja sambil melipat kain di dalam
bilik. Petang masih tenang kerana
kebanyakan kanak-kanak di perkampungan ini sedang menghadiri kelas agama.
“Cakap tu biar berlapik, Nana.”
“Lapik?...lapik apanya mak? Abang Hijrah tu langsung tak sedar diri. Dia tak nampakkah mak bersusah payah
bersengkang mata jual nasi lemak.
Dia? Siang malam hilang. Merempit!
Dah tu, tak menyempat-nyempat nak berbini. Bawak pulak duduk di sini, menyusahkan!”
Berat tuduhan gadis itu terhadap
abangnya. Begitu juga terhadap aku. Aku mengenali Nana lama. Tapi tidaklah mesra. Sekadar berbasa-basi dan bertukar senyum apabila
terserempak di gerai emak Hijrah.
“Semua kawan-kawan Nana kata abang dah
buntingkan dia sebelum kahwin, mak. Nana
malu…”
“Kawan-kawan kau yang menuduh tu pernah
tolong kita masa susah, Nana?”
Pendek soalan ibu mertuaku tetapi amat
tajam. Aku menahan sebak di hati. Kalau tak kuat iman, mahu aku histeria. Tapi aku berastaghafar. Kata Atuk, astaghafar itu menyiram amarah,
seperti air sejuk menyiram besi yang baru dicanai. Teringatkan atuk, aku rindu. Atuk memang tak banyak cakap. Meski bukan pendiam sangat. Aku tahu atuk sayangkan akuyang boleh kami
buat di atas
Tetapi aku masih tidak memahami kenapa dia
menyetujui cadangan nenek untuk mengahwinkan aku secara ‘koboi’ begini. Aku memang tidak sekuat mana. Memang hatiku menangis sambil melayan tanda
soal. Kenapa suara nenek lebih dominan
daripada atuk setelah mendapat aduan kononnya aku berkelakuan tidak senonoh
dengan Hijrah. Di mana? Di atas motor? Apalah yang boleh kami buat di atas motor
yang bergerak laju.
Itu rutin harian Hijrah sebaik sahaja aku
menjejakkan kaki di tingkatan enam. Pagi
dia menghantarku ke sekolah. Kemudian dia terus menuju ke tempat kerja. Tengah hari kemudiannya, menjemputku. Meninggalkan aku di gerai emaknya. Kemudian, aku sendiri akan balik dengan
berjalan kaki atau melepak sampai ke petang di situ. Membantu apa-apa yang patut. Kadang-kadang
apabila Hijrah pulang kerja dan aku masih lagi di situ, dia yang menghantar aku
balik ke rumah. Ibunya pun tahu mengenai
rutin itu. Malah pernah menegurku dan Hijrah
mengenainya.
“Tak manis berdua ke sana sini.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D