Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah
Hari ni lambat bersiaran. Sibuk kejar ayam untuk lauk rendang. Al kisah! Mana ada ayam hidup nak dikejar di bandar ni. Disebabkan semua orang bercuti, maka perlulah utamakan isi rumah dulu daripada isi hati.
Pagi tadi, sempat selesaikan satu bab untuk projek terbaru. Alhamdulillah. Malam tadi tak boleh tidur kerana bab yang ditulis sebelum ni, 'tak masuk' dan terpaksa tulis bab lain. Opss, jangan dipadam apa yang kita dah tulis, mana tahu akan datang berguna. Itu resepi rahsia tau.
Menjelang waktu dhuha dapat jugalah menyudahkan semuka surat tugasan sosiologi sastera, jadilah. Menarik juga kalau ada pengetahuan pada topik-topik yang langka diperkatakan ini. Cari ilmu, apa cara selagi boleh buat sahajalah.
Okay Salam Aidil Adha terutama buat mak-mak. Nak ajak hayati lelah, penat, risau dan resah Siti Hajar saat susu habis, air tak ada, orang tak ada, Allah sahaja yang ada. Sampai tak sedar tujuh kali turun naik bukit Safa dan Marwah.
"Anda!"
"Ya...anda. Suri rumah yang ada bisnes tapi belum ada kedai online. Atau tak sempat nak bangunkan kedai online."
"Saya ada pakej buat kedai online mampu milik dengan skim bayaran 'abang karpet' yang tak mampu anda tolak."
tak boleh padam ye. saya pernah padam sebab benci tengok apa yang saya tulis sendiri. huhuhu
ReplyDelete