Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
“Ha, dah sampai pun. Encik Azhari, ini ibu Wafi Ikhmal. Pelajar yang di..er.. “
Gambar : Sendiri
“Ha, dah sampai pun. Encik Azhari, ini ibu Wafi Ikhmal. Pelajar yang di..er.. “
“Tumbuk! Atau saya boleh kata mencederakan anak
saya. Awak tak pandai jaga anakkah? Adakah patut anak saya ditumbuknya. Saya nak tuntut balik bil klinik daripada
awak. Saya nak saman anak awak dengan
awak-awak sekali…” Azhari terpempam
dengan letusan kata-kata tanpa henti bagai murai cabut ekor daripada mulut
perempuan itu. Berdedai-dedai perkataan
di dalam bahasa Inggeris keluar.
Azhari memandang tepat ke arah Puan
Salbiah. Puan Salbiah mengerutkan
dahi. Petanda buruk bahawa masalah ini
tidak akan selesai di sini sahaja.
“Awak belum tahu lagi saya
siapa. Saya akan saman awak
sekeluarga. Saya nak tuntut ganti rugi
kecederaan, ganti rugi teladan, awak tunggu saya di mahkamah,” wanita itu masih lagi belum mahu berhenti di
dalam slanga Britishnya.
“Assalamualaikum…” Salam suci kesejahteraan kedengaran sekali
lagi. Disambut Azhari dan Puan Salbiah.
“Puan Hidayati, inilah ibu Wafi
Ikhmal. Pelajar yang ditumbuk Zaweeya tu,” kali ini bicara pengetua yang bertubuh
rendang itu tidak lagi tersekat-sekat.
“Oh! Bawa satu angkatan bersenjata,
kalian ingat saya ta..”
“Izzie,” tegur Hidayati.
“Yatt,” wanita itu meletakkan beg tangan Coachnya di
kerusi bersebelahan Azhari. Azhari
sendiri belum sempat duduk.
“Yatt!” Dia merangkul Hidayati lama. Sebelum mereka bertukar-tukar ciuman di pipi.
“Cantiknya kau Izzie. Kau buat apa kat sini. Tengoklah penampilan kau… datuk mana kau dah
‘rembat’ ni?” Kalau tadi Azhari sekadar
memandang tepat ke arah Puan Salbiah, sekarang mereka bertukar renungan. Tidak mengerti apa yang berlaku.
“Kau ingat aku papa kedana sangat
nak ‘rembat’ datuk? Aku cari yang
antarabangsa tau,” perjelas Izzie sambil menarik tangan Hidayati duduk di sofa
tetamu berhampiran pintu masuk bilik Pengetua itu.
“Iyakah? Tercapai juga cita-cita kau nak dapatkan anak
Pan Asian ya..”
“Ini bukan Pan Asian
lagi, Pan Europe,”
“Gila kau?”
“Netherland, kau!”
“Wah, Oranje. Nasib baik Belanda tak menang Euro hari
tu. Kalau tak makin ‘oren’ lah kau,”
giat Hidayati.
“Jap…sekejap. Saya minta nyawa sekejap. Kalian berdua ni siapa? Yang awak, Cik Yati. Kita datang sini nak selesaikan masalah Zaweeya. Bukannya nak makan buah oren bagai,” Azhari bangun dan berdiri menghadap mereka.
Keliru dengan perbualan yang sepatutnya hangat dengan tuduh menuduh dan
saman-menyaman itu.
“Budak perempuan tu anak kaukah?” Barulah Izzie kembali ke pangkal jalan. Setelah jauh kesesatan sehingga ke Belanda
dan buah orennya.
“Namanya Zaweeya.” Hidayati membetulkan.
“Patutlah garang benar. Kuah dah tumpah betul-betul dalam nasi. Nasipun dah kena gaul betul-betul.” Tawa mereka berlambakan mendengar peribahasa
yang dirosakkan oleh Izzie tadi.
“Kasihan kat anak aku. Lebam dibuat dek anak kau. Kan dulu kita dah janji nak berbesan. Kalau macam ni, tak sanggup aku,” Izzie berterus-terang. Ketawa masih bersisa
dari bibir Hidayati.
Setelah bersalaman dengan Puan
Salbiah, mereka beriringan keluar dan menuju ke kantin sekolah. Hidayati meminta izin daripada suaminya untuk
meneruskan sessi kutuk-mengutuk yang terbantut semenjak puluhan tahun lamanya.
“Handsome
lagi suami kau, kat mana kau orang jumpa ya?”
Tanya Izzie, tertoleh-toleh ke belakang.
Memerhati gerak gagah Azhari meninggalkan bilik pengetua.
“Tak payah kau nak sibuk. Kita selesaikan hal anak-anak kita ni.”
Tukas Hidayati.
Membeli dua kotak air minuman kotak. Dihulurkan satu kepada wanita berdarah
bangsawan itu. Mereka berdua mengambil
kerusi yang paling jauh. Bersilang kaki
menyandar diri di meja kantin. Menghadap
padang sekolah yang kosong.
“Aku rindu kat kau, Yatt.” Izzie bersuara. Jemari
Hidayati diraih dan digenggam erat.
Kaca mata hitam yang bertenggek di atas kepalanya tadi, disimpannya.
“Aku rindukan zaman pengajian
kita.” Ada sebak yang tidak dibuat-buat
dalam bicara itu.
“Aku rindukan Mai, Misha, Annie,
Yus, Ati, MekDa, Jalilah, Kak Long, Ina, Cipah, Erra, Zura, Noqya…” Izzie cuba mengingat.
“Semuanya ada dalam FB aku.
Kau cari sahaja budak DSK. Mereka
semua ada kat sana…,” terang Hidayati tetapi pandangannya jauh merayau
membatasi padang bersebelahan lebuh raya itu.
Sudah melewati jarak dan masa.
“Tapi…yang aku tak faham sungguh tu,
kenapa anak kau tumbuk anak aku, eh?
Wafi ada ganggu…” Izzie
mengangkat telunjuknya dan meletakkan di dahi.
“Zaweeya…” Sekali lagi Hidayati mengingatkan. Tak berubah-ubah dengan perangai
pelupanya. Terbanglah ke langit hijau
sekalipun. Begitulah juga Izzaidah yang
dikenalinya.
“Dulu lagi aku pesan, lawan lupa
ilmu, kalam. Macam Nabi cakap. Kalau dah tahu pelupa, lain kali bawa
pen. Tulis. Takpun bawa marker pen. Tulis
besar-besar,” giat Hidayati. Izzie tersenyum sahaja. Sudah biasa disindir dikutuk begitu.
“Betul ni, aku nak tanya. Wafi ada kacau Zaweeyakah? Kalau tak, takkan sampai dia tumbuk si Wafi
tu. Wafi tu, badan aja besar, bukan kuat
manapun. Anak manja,” Puan Izzie mengekek ketawa sendiri. Lucu benar terasa selepas menyebut perkataan
yang akhir itu.
“Entah. Tak ada Yaya ceritapun. Aku tengok dia tak ada masalah di
sekolah. Sampailah hari tu,” Puan
Hidayati cuba mengingat sejelas-jelasnya.
Novel di atas boleh diperolehi dengan menghubungi penulisnya melalui wahana komunikasi di bawah.
Anda juga boleh beriklan di SOHO Directory bersama kami, di hampir 800 blog.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D