Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Masih belum bergerakkah saya? Masih bercerita tentang raya? Maaf ya, mod masih melayang kerana hati yang luka tidak kunjung sembuh. Namun dalam luka-luka tu, sudah siap dihantar sebuah cerpen untuk siaran majalah dan bakal dihantar satu lagi untuk siaran sebuah majalah mingguan.
Seperti panduan yang diberi oleh Azura Abdullah, dalam things to do list, saya sudah mula menyenaraikan projek melibatkan penulisan sehingga akhir tahun ini. Insya-Allah. Sementara itu, nota-nota di sini akan diteruskan. Saya sudah pencen menulis novel! Saya tak mahu menulis novel lagi. Setidak-tidaknya sehingga akhir tahun ini.
Hati masih terluka dengan pengabaian janji oleh pihak penerbit sehingga royalti yang sepatutnya saya terima pada Julai lalu, tidak kunjung tiba. Macam mana cikgu mengajar menulis yang sepatutnya tahu undang-undang kontrak penulisan boleh kena tipu jugak? well...cikgu pun manusia.
Sambung cerita raya.
Saya bertemu dengan seorang sepupu yang berkahwin semula, di rumah adik emak. Selepas sepuluh tahun. Dia masih seperti dulu, cuma saya melihat keceriaan di wajahnya. Suaminya kelihatannya sangat penyayang dan sekali pandang, layak untuk digelar pemimpin rumah tangga bersama 5 orang anak yang meningkat remaja.
Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, kerana selepas pemergian kakaknya yang sebelum ini kawan baik selain sepupu saya, dia antara kawan yang naif yang sentiasa ada dan ada banyak perkara dan persamaan yang kami kongsi.
Malangnya, ia tidak berlaku. Tahun depanlah nampaknya berjumpa lagi. Oh ya, nanti saya kongsikan perjalanan raya kedua. Tahun ini memang kami beraya di atas jalan sahaja, pada kebanyakan ketika. Dari Selangor masuk ke KL, terus ke Pahang menempuh pendaerahan Negeri Sembilan dan kemudiannya kembali ke Pahang sebelum kembali ke Selangor namun sempat memanjat perbukitan Genting, mengunjungi Mini Cameron.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D