Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Kesalahan yang sangat-sangat biasa dilakukan oleh penulis ialah kesalahan ejaan. Sudah saya sebutkan sebelum ini, namun kita panjangkan bicara hari ini. Kesalahan ejaan, bukan kesalahan ketika karya kita berada di peringkat draf. Kemudian ia menjadi kesalahan kecil ketika berada di peringkat edit. Malangnya ia menjadi kesalahan BESAR jika sudah dihantar kepada penerbit dan disemak pula oleh tuan atau puan editor.
Ia sebenarnya memperlihatkan kredibiliti kita sebagai penulis, kecaknaan kita terhadap sesuatu perkara. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
1. Baca semula karya kita berkali-kali pada semua peringkat, baik draf, edit ataupun naskhah akhir
2. Tetapkan 'setting' bahasa di dalam perisian Words ke 'Malay'
3. Kalau tak yakin juga, minta kawan baik yang kita percayai untuk semak
4. Peram
5. Cetak dan baca semula, tandakan dengan 'highlighter'
6. Ketika peringkat draf, 'highlight' kan perkataan yang kita tidak pasti, kemudian rujuk pada kamus
7. Biasakan menulis dan mengeja dengan perkataan penuh semasa menulis secara santai
8. Kalau anda mempunyai grup peribadi untuk karya anda di laman sosial, poskan karya anda ke dalam grup itu dan minta ahli grup komen. (sudah tentu anda kenal rapat mereka dan anda percaya)
9. Jika sudah terbabas sampai ke editor, dan anda rasakan ia tidak layak untuk pertimbangan mereka sebab banyak kesalahan ejaan, maklumkan kepada mereka menggunakan e-mel/surat.
Serba sedikit, panduan yang dapat saya kongsi. Untuk saya juga sebenarnya. Apa-apa pun, selamat berkarya dan terus menulis kalau itu menjadi kesukaan kita. Kalau ingin berguru, boleh juga terus ke kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Cikgu Mazlia Murat dan Monalita Mansor menunggu anda.
Whatsapp : 011-197397269
atau
emel : monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D