Tuesday, 18 March 2014

Kemahiran Bercakap Bukannya Membebel!

Teks : Monalita Mansor (10)
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ya, saya tahu semua orang boleh bercakap. Membebel lagi ramai yang boleh. Tapi tak semua pandai bercakap. Bercakap atau bertutur biarpun kelihatannya biasa-biasa akan menjadi luar biasa apabila apa yang anda cakapkan itu menjadi inti pati ilmu buat orang lain.

Kemahiran bercakap atau komunikasi menjadi teramat penting apabila anda bergelar penulis dan sebuah, dua tiga atau empat biji novel sudah anda hasilkan. Pada waktu tiu, anda perlukan kemahiran 


1. Memberitahu
Buka mulut dan CAKAP - ini novel saya. Saya ialah penulis novel. Nama saya ini - seperti yang tertera di kulit novel. Kalau nama samaran, "ini nama samaran saya,"

2. Menerangkan
Beritahu kekuatan novel anda. Novel saya mesti anda baca sebab - berikanlah seratus sebab dan terangkan kepada khalayak tentang novel itu. 

3. Menjual
Tak mengapa, kalau tidak dibeli. Tapi anda harus bercakap - bahawa novel ini untuk dijual. 


Karya anda tidak akan bergerak ke mana-mana jika tiada sebarang bunyi yang anda keluarkan melainkan senyum umpama iklan selamat datang berwarna kuning di simpang masuk stesen minyak. Kemahiran, atas tiket apa sekalipun perlu dipelajari. Malah sehingga kini, saya masih belajar bercakap untuk mengelakkan percakapan saya menjadi pembebelan dan tidak mencecah maksudnya. 


KELAS-KELAS ONLINE seperti berikut masih dibuka!

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.Tenaga pengajar adalah seorang penulis novel berpengalaman

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

pm saya untuk pendaftaran mana-mana kelas.

Bengkel Branding Yourself,Branding Your Business Strategies Live Coaching
Lokasi : Melaka ( 5April 2014)
Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
Kelantan (26 April 2014)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung