Teks : Monalita Mansor (9)
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Catatan ini tidak berniat menghina sesiapa kerana bagi saya setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Namun kekurangan itu sebenarnya boleh dijadikan kelebihan dengan menyantuni ilmu sebaik mungkin.
Kemahiran menaip jika dipunyai oleh penulis merupakan bonus tidak ternilai. Bayangkan kalau anda mempunyai kemahiran menaip 50 patah perkataan seminit dalam proses menyiapkan ratusan muka surat manuskrip. Berapa banyak masa yang sudah anda jimatkan.
Saya adalah pelajar vokasional dan politeknik dalam bidang kemahiran pejabat. Namun minat menyertai bidang kesetiausahaan ini datang disebabkan oleh kecintaan dalam bidang penulisan. Malah saya tidak pernah menjadi seorang setiausaha pun. Niat saya pada ketika itu, memasuki sekolah vokasional untuk menguasai subjek menaip supaya senang untuk saya menulis nanti.
Apa bezanya catuk ayam dengan kemahiran menaip?
Secara asasnya, kemahiran menaip menetapkan kesepuluh-sepuluh jemari kita berada di pengkalan kekunci yang ditetapkan. Anda mungkin boleh google dan lihat kedudukan jemari yang sepatutnya iaitu
a) kelingking - 'a', 'q' dan 'z' serta ';', 'p' dan '.'
b) manis - 's', 'w' dan 'x' serta 'l', 'o' dan ','
c) tengah - 'd', 'e' dan 'c' serta 'k', 'i' dan 'm'
d) telunjuk - 'f', 'g', 'r', 't' 'v' dan 'b' serta 'j', 'h', 'y', 'u', 'n'
e) ibu jari - 'space bar'
Namun, barang harus diingat bahawa semua ini memerlukan proses latihan yang panjang. Anda yang tidak pernah mempraktikkannya akan merasa sukar pada peringkat permulaan. Tetapi, namapun proses. Anda akan dapat mengatasinya seiiring dengan masa. Sebab itu orang -orang tua kita mengungkapkan 'alah bisa tegal biasa'
Ungkapan ini mengingatkan saya dengan pernyataan seorang sahabat, "you have to work smart, not work hard."
Akademi Bekerja di Rumah
☆★Bekerja dari rumah tanpa perlu keluar rumah.
☆★Kami sudah. Kalian tentu juga boleh lakukan.
☆★Tidak perlu keluar dari rumah.
☆★Semuanya di hujung jari.
☆★Kutip komisen setiap hari.
☆★Ada minat dan kesungguhan, inshaallah, Allah pasti membantu.
Jika sudah bersedia, PM saya untuk pendaftaran. Boleh sertai mana-mana kelas berikut.
1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan-siap 3 hari
8. ♥♡Iklan di sohodirectory kami
Kelas offline juga dibuka untuk kelas akaun. Boleh PM untuk keterangan
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D