Saturday, 8 February 2014

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif - Asmah Hashim

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif Asmah Hashim


Asmah Hashim, novelis Alaf 21 menghasilkan novel Aku Turut Bahagia, mengosongkan cawan mendatangi kelas asas blog dan penulisan kreatif. Bersama-sama belajar dan membuat latihan dan tugasan di dalam kelas. 


Apakah natijah daripada kerendahan hatinya itu?

Ulasan: Asmah Hashim




ULASAN KELAS  ASAS BLOG.

                Orang ada FB, saya hendak ada FB.   Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya.  Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah.  Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak.  Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi.  Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul!  Tidak tipu.  Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim.  Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak.  Pena Ungu.  Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya.  Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya.  Buat malu sahaja. 
                Blog saya itu biasa-biasa sahaja.  Pengikutpun tidak ramai.  Hendak bertanya, terasa malu.  Nanti diperkecilkan pula.   Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita?  Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut.  Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut.  Kecewa juga di hati.  Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang.  Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote. 
                Saya ini aktif orangnya.  Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan.  Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis.  Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini.  Banyak peluang yang kita dapat dengan  mempunyai blog sendiri.  Bukan hanya di FB sahaja kita boleh  mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana.  Setiap perkara perlu ada ilmu.  Maka belajarlah.  Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah.  Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami.  Lihat sendiri,  kaji sendiri. Alami  sendiri.  Pasti anda akan suka, akan tertarik. 
                Banyak perkara yang  belajar di dalam Kelas Asas Blog ini.  Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu.  Maka lahirlah blog saya yang penuh entri,  ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik.   Malah kami diberi peluang untuk menjana  pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja.  Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.  Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya.    Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini.  Wang yang dilaburkan  akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
                Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini.  Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung