Wednesday, 5 February 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun - Maklum Balas Superb

Sebuah lagi kelas yang sedang bersiaran sekarang. Kelas Asas Akaun yang dikendalikan sepenuhnya secara online dengan bantuan trainer yang dibawa dari luar bersama kepakarannya.

Friday, January 31, 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun
Teks: Aishah Hussein

Kelas akaun yang kami anjurkan dengan kerjasama dari trainer yang bertauliah kini semakin mendapat tempat di kalangan rakan-rakan WAHM.  Kelas ini sangat sesuai untuk yang tiada asas akaun.



Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung.  Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.

Ini adalah ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz
         Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya.  Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
         Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung